Sumber Foto: Instagram @adamcorrielee

Menjalani ibadah puasa bagi mereka yang baru memeluk Islam tidak semudah orang Islam asal yang telah biasa berpuasa pada bulan Ramadan setiap tahun. Majoriti umat Islam mula dilatih berpuasa seawal usia lima atau enam tahun, malah ada yang lebih awal, sama ada atas kehendak ibu bapa atau kanak-kanak itu sendiri. Ia mungkin bermula dengan puasa setengah hari dan dilanjutkan sehingga waktu Maghrib secara beransur-ansur.

Begitulah juga sewajarnya bagi mereka yang baru mendapat hidayah. Mungkin sukar bagi mereka untuk berpuasa kerana tidak biasa dengan amalan berlapar dan dahaga. Menyelusuri kehidupan figura pelakon, koreografer tarian, koreografer aksi lasak, pendakwah bebas dan usahawan bernama Adam Corrie Lee Abdullah, 51 ini hatinya cukup cekal sebagai seorang saudara baru.

13 tahun bergelar mualaf iaitu pada tahun 2007 anak kelahiran Pulau Pinang ini tidak pernah mempunyai masalah untuk menjalani ibadah puasa. Akui suami kepada Fazima Fuad atau lebih mesra dengan panggilan Fazi dan bapa kepada Adam Fateh Lee ini, sejak usia 11 tahun dia sudah belajar berpuasa.

Bersama keluarga tersayang. (Sumber Foto: Instagram @adamcorrielee)

Panggilan Bidadari, Makan Bersuap, Jalan Berpegangan Tangan Untungnya Isteri Adam Corrie Dapat Suami Romantik

Bahagia Dapat Berpuasa Penuh Bulan Ramadan

“Sebenarnya saya sudah mula berpuasa ketika usia 11 tahun. Jadi selepas peluk Islam semuanya berjalan dengan lancar dan tak ada yang susah.

“Syukur alhamdulillah, Allah berikan saya kelapangan untuk menyempurnakan ibadah ini dengan lancar. Saya juga rasa sangat bahagia apabila saya dapat berpuasa penuh bulan Ramdan.

“Apatah lagi selepas mendirikan rumah tangga dengan Fazima pada 21 November 2008 isteri dan keluarga mentua menerima saya dengan hati yang terbuka termasuklah kakak dan abang ipar. Jadi saya belajar sedikit sebanyak ilmu agama dengan arwah bapa mentua dan ibu mentua,” ungkap Adam Corrie yang sentiasa ceria disamping Fazima dan Adam Fateh.

Sumber Foto: Instagram @adamcorrielee

Sentiasa Berdoa Dipertemukan Ramadan Akan Datang 

Ditanya tentang pengalamannya setiap kali Ramadan menjelma, Adam Corrie akui dia bukanlah seorang yang cerewet.

“Saya jenis yang tak kisah dan bila masa sahur dan berbuka saya akan makan apa yang isteri masak. Bila sudah dikurniakan Adam Fateh Ramadan saya semakin seronok,” ungkap Adam Corrie yang jua memiliki butik di Busana Menara Mara, KL.

“Selepas saya balik fitrah saya setiasa menunggu Ramadan dan alhamdulillah tahun ini merupakan tahun ke-13 saya jalani ibadah ini. Setiap kali apabila berakhirnya bulan penuh keberkatan ini saya akan berdoa semoga Allah pertemukan Ramadan akan datang.”

Sumber Foto: Instagram @adamcorrielee

Tahun Pertama Jalani Ramadan Bersama Paling Indah – Fazima

Penulis juga sempat bertanya kepada isteri kesayangan Adam Corrie tentang pengalaman pertama kali ketika berpuasa bersama suami.

“Sudah tentu tahun pertama berpuasa bersama paling indah. Kami dapat bersahur, berpuasa dan solat terawih di masjid. Hingga kini kami masih lakukan rutin yang sama setiap kali menjelang Ramadan. Cuma tahun ini cukup berbeza dan kami lakukan terawih di rumah seperti mana umat Islam di Malaysia yang lain dalam tempoh PKP ini. 

Inilah Doa Mohon Zuriat, Amalan Adam Corrie Dan Isteri Dari Mula Kahwin Sampai Sekarang

“Memandangkan suami saudara baru saya berusaha membimbing suami dengan cuba tingkatkat ilmu agama saya dan praktikan bersama-sama. Saya buat dulu, tunjukkan kemudian baru minta suami ikut secara perlahan-laham dan faham,” jelas Fazi yang turut akan memasak menu kegemaran Adam Corrie Ketam Masak Lemak Cili Padi ketika berbuka puasa.

Berpeluang sama-sama salurkan makanan laksa kepada hero-hero negara dan makanan kering kepada penduduk PPR cheras & PPR Rejang #adamcorrie #tukangagihkanje Sumber Foto: Instagram @adamcorrielee