kembar siam

Melakukan pembedahan bagi kembar siam merupakan satu prosedur yang rumit lagi mencabar. Baru-baru ini,kejadian yang berlaku di New Delhi, India sepasukan pegawai perubatan yang terdiri daripada 40 doktor, 20 jururawat dan kakitangan paramedik berjaya memisahkan kembar siam yang bercantum pada bahagian kepala dalam tempoh 36 jam.

Kembar Siam lelaki yang dinamakan Honey dan Singh ini berusia dua tahun dan dilahirkan pada 9 Mac 2015. Kembar ini merupakan anak pasangan suami isteri yang hidup dalam kemiskinan berasal dari Kandhamal, Orissa di Timur India.

Kes 1 Daripada 2.5 Juta Kadar Kelahiran

Imbasan x-ray mengesahkan kembar ini mempunyai otak yang berbeza dan hanya bercantum di hujung kepala mereka. Ia merupakan keadaan jarang ditemui satu bagi setiap kira-kira 2.5 juta kadar kelahiran, menjalani pembedahan itu di sebuah hospital kerajaan di ibu kota ini, Rabu lalu.

“Pasukan terdiri daripada 40 doktor, 20 jururawat dan ramai kakitangan paramedik lain. Tanpa bantuan mereka, pembedahan tidak akan berjaya,” kata hospital All India Institute of Medical Science dalam satu kenyataan.

IKLAN

Seorang daripada pakar bedah terbabit berkata, aspek paling mencabar ialah menutup lubang ditinggalkan di kepala kanak-kanak itu selepas mereka dipisahkan.

Kembar siam itu dilahirkan di sebuah perkampungan di timur negeri Odisha dan berkongsi salur darah serta sesetengah tisu otak. Mereka menjalani fasa pertama pembedahan pemisahan Ogos lalu.

IKLAN

Cabaran

“Tugas paling mencabar selepas pemisahan ialah menyediakan kulit untuk menutup kedua-dua belah otak kanak-kanak itu oleh kerana pembedahan menyebabkan lubang besar terbentuk pada kepala mereka.

IKLAN

“Kulit itu diambil daripada dua belon yang diletakkan dalam kepala mereka ketika pembedahan pertama Ogos lalu. Langkah berikutnya ialah pembinaan semula tengkorak mereka,” kata pakar bedah plastik, Dr Maneesh Singhal.

Kembar Kraniopagus

Sementara itu,menurut Ketua Pegawai Kesihatan Daerah Kandhamal, Dr Swapneshwar Gadnayak berkata, kembar siam itu dikenali sebagai kembar kraniopagus kerana mempunyai dua otak tetapi berkongsi kranium.

Jelasnya, peluang untuk kembar terbabit hidup selepas pembedahan dilaksanakan amat tinggi memandangkan rekod beberapa pembedahan yang berjaya. -AFP