Sumber Foto: Instagram Adam Corrie

Pelakon Adam Corrie berasa sangat bersyukur selepas memeluk Islam dan mendirikan rumahtangga, dia sentiasa mendapat bimbingan yang terbaik. Keluarga isteri, Fazima menerimanya dengan hati terbuka.

“Selepas mendirikan rumah tangga dengan Fazima pada 21 November 2008 isteri dan keluarga mentua menerima saya dengan hati yang terbuka termasuklah kakak dan abang ipar. Jadi saya belajar sedikit sebanyak ilmu agama dengan arwah bapa mentua dan ibu mentua,” ungkap Adam Corrie yang sentiasa ceria disamping Fazi dan anaknya Adam Fateh.

Artikel berkaitan: 13 Tahun Bergelar MUALAF, Adam Corrie SENTIASA MENUNGGU RAMADAN Belajar Berpuasa Sejak Usia 11 Tahun 

Adam Corrie Amalkan Solat Awal Waktu, Berdoalah Sebanyak mungkin, Yakini Rezeki Dari Allah

Adam Corrie Amalkan Solat Awal Waktu

Mengenai Pandemik Covid-19, Adam Corrie praktikkan dalam keluarga terutama bagi melindungi anaknya yang masih kecil, adalah dengan duduk di rumah.
“Kita jaga kita, kita adalah frontliner, sekiranya tidak ada apa-apa di luar silalah duduk di rumah. InsyaAllah kita jaga kita, kita jaga semua orang. Kita sayang keluarga dan sayang semua orang. Dan Allah sayang kita. Solat awal waktu. Itu adalah yg terbaik untuk kita semua,” luahnya.

Yakin Dengan Rezeki Semuanya Datang Dari Allah

Sebagai seorang pendakwah, ditanya tentang pandangan dan motivasinya yang boleh diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah terutama kemelut kewangan dan kehidupan yang agak sukar yang kini ditempuhi masyarakat akibat kesan Pandemik Covid 19.

“Allah sentiasa bersama dengan orang yang bersabar, rajinkanlah diri bangun solat malam. Mintalah dan merintihlah dengan Allah. Doalah sebanyak mungkin, sekiranya kita yakin dengan rezeki semuanya datang dari Allah.

“Solatlah dua rakaat sebab Yang Maha Esa begitu suka mendengar hambanya merintih untuk meminta. Kuatkanlah diri dan letakkan Allah yang pertama dan cintakanlah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya. Bayangkanlah di zaman Rasulullah ramai sahabat-sahabat yang susah kerana tidak ada kewangan. Mereka yakin dengan rezeki Allah dan tidak putus berdoa.

“Itulah iktibar yang boleh kita buat dan amalkan. Saya faham satu dunia menghadapi krisis Pendamik Covid-19 termasuk saya. Jangan lupa pada Allah, selalu ingat pada Allah, bersabarlah dan Yakinlah dengan Allah, InsyaAllah,” ungkap Adam Corrie penuh nasihat.

Amalkan Surah al-Waqiah

Adam Corrie juga turut berkongsi doa-doa yang boleh diamalkan dalam menghadapi masalah kesempitan hidup.

“Saya amakan membaca surah al-Waqiah. Insyaallah dengan mengamalkan surah al-Waqiah saban hari sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, hidup kita akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat,” kata Adam Corrie.

Sumber Foto: Instagram Adam Corrie

Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/