Anak Yang Beriya Mengamuk Itu Bukan Nakal, Cuma Mereka Belum Matang

Dalam ramai-ramai anak-anak mak-mak tentu ada seorang yang begitu mencabar emosi malah kesabaran sepanjang membesarkannya. Baik di rumah mahupun di tempat awam. Kalau sekali tak mengamuk, kehidupan hari itu belum lengkap sepenuhnya.

Pernah alami situasi begini kan mak-mak? Allah.. malunya jangan cerita. Tapi nak buat macam mana kan. Biar hati mak ayah panas, anak yang mengamuk tetap perlu disejukkan.

Perkongsian Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Puan Ashikin Hashim berkongsi pengalaman. Bagaimana akhirnya anak yang mencabar ini menjadi matang. Dan ada momen yang dirindu dari perubahan sikap anak.

Baca juga panduan untuk mak ayah kawal anak mengamuk di tempat awam. Bagus diamalkan sebab cara itu berkesan dan menjadi.

 

Anak Yang Beriya Mengamuk Itu Bukan Nakal, Cuma Mereka Belum Matang

Anak Yang Mencabar A.K.A Nakal?

Apabila saya memandang wajah anakanda Wafi (13 tahun), Wasim (11 tahun) dan Wajdi (8 tahun) membuatkankan saya mengimbau kembali kenangan indah yang lepas-lepas.

Wajah inilah yang pernah mengamuk dahulu ketika baru menjejak kaki ke tadika.

Wajah inilah yang menangis beriya-iya apabila hendakkan sesuatu.

Wajah inilah yang menghentak-hentakkan kaki apabila tidak puas hati.

Wajah inilah yang meminta-minta beli itu ini.

Kini….saya tidak dengar lagi amukan itu. Saya tidak lagi menghadap amukan mereka. Tidak juga mendengar rengekan beli mainan.

IKLAN

Itulah warna-warna kehidupan seorang ibu yang mempunyai anak kecil.

Tidak lari dari kerenah dan pelbagai ragam.

Ketika kita sedang menghadapinya, kita akan rasa seperti kita seorang ibu yang gagal. Kadang kecewa kerana anak tidak memahami. Kadang malu kerana menjadi tumpuan. Kadang putus asa seperti sudah tidak daya untuk memujuk.

 

 

Tapi Itu Semua Sudah Pergi…

Kita bakal merindu. Kita bakal tercari-cari suara itu.

Kepada ibu bapa yang sedang menghadapi situasi ini, usahlah terlalu risau. Ia hanya satu fasa normal yang kita semua akan lalui.

Tiba masanya anak akan mula matang. Mereka akan berhenti meminta, mengamuk dan menangis. Tiba masa mereka akan membesar dan berfikir dengan wajar.

Hadapinya dengan tenang dan positif. Anak kita sedang berjuang untuk hidup dalam suasana yang sangat mencabar untuk mereka.

Berikan mereka sokongan dan kasih sayang yang seadilnya. Mereka mungkin hanya berumur 4, 5 dan 6 tahun bukan 20 atau 30 tahun.

Selamat menghadapi kehidupan yang penuh warna warni. Enjoy the moment!

 

7 Panduan Kawal Anak Mengamuk Di Tempat Awam

Anak-anak sebenarnya sangat suka jika kita bawa mereka keluar jalan-jalan kan? Tapi untuk anak 6 tahun ke bawah, pasti ada sahaja kerenah dan mungkin ‘tragedi’ mengamuk berlaku di tempat awam.

Bagaimana kita dapat membantu anak-anak ini mengawal emosi mereka dan ibu ayah juga dapat mengawal emosi ketika anak mengamuk.

1. Bercerita – selalulah bercerita dengan anak kita. Selitkan pelbagai cerita, karektor, situasi, jenis emosi dan sebagainya. Tekankan cerita tertentu bersesuaian dengan masalah anak yang sedang dihadapi. Contohnya jika anak menangis mahu ke tadika, buat satu cerita berkaitan dan masukkan unsur positif. Anak pasti suka mendengar kita bercerita.

2. Fahamkan mereka, persiapan awal – jika kita plan untuk membawa anak ke suatu tempat misalnya, rancanglah dengan baik dan libatkan anak dalam perancangan kita. Beritahu dia awal yang kita akan ke suatu tempat. Jika perlu lukis atau tunjuk gambar, itu lagi bagus. Jadi, anak akan mendapat gambaran awal.

3. Jika sudah berada di tempat tersebut, sentiasa perhatikan anak. Alert jika bau-bau amukan dan bersiapa sedia dengan segala senjata yang ada hehehe seperti buku yang dia sukai, makanan (mungkin dia lapar), permainan kecil yang dia suka.

4. Sentiasa berbual dan mengingatkan ketika bersama anak. Puji dia ketika dia bersikap menyenangkan.

5. Jika bau-bau amukan ada juga berlaku, saya akan cepat-cepat divert perhatiannya ke tempat lain atau topik lain. Itu strateginya supaya dia tidak fokus kepada amukannya itu. Contohnya dia mula mahu mengamuk tentang sesuatu dan saya terus alih perhatiannya kepada sebuah lori yang sedang parking berdekatan. Wah…besarnya tayar lori ni. Warna dia warna apa?

Dalam kebanyakan waktu, alhamdulillah cara ini berjaya.

6. Jika tidak berjaya dan anak pun mengamuk juga, cuba pujuk dahulu. Jika dia tidak mahu dipujuk, beri dia ruang. Biarkan dia sebentar. Tak menjadi satu kesalahan pun kalau anak mengamuk di tempat awam. Kadang kala IGNORE pun akan buatkan anak diam sebab tiada siapa melayannya (perlu diingat anak dibiarkan setelah kita cuba untuk memujuk – jangan biarkan tanpa usaha memujuk). Ketika dia dibiarkan melayan amukannya itu, jangan tinggalkan dia jauh. Sentiasa perhatikan. Pastika keselamatanya. Katakan – ok Ahmaf nak nangis dulu tak apa. Mama tunggu.

7. Teruskan menasihati – bertabahlah mak & ayah. Anak 6 tahun ke bawah, jika mereka mengamuk, bukan kerana mereka tidak berakhlaq. TIDAK! Ini suatu proses. Proses untuk mereka meningkatkan skil komunikasi mereka, skil dalam mengawal socio-emosi mereka dan banyak lagi.

Semoga tip ini memberi manfaat. Selamat mendidik dengan kasih sayang.

Sumber/Foto : Ashikin Hashim