Balas Jasa Abah Kerja Tukang Rumah, Lima Beradik Berpakat Hadiahkan Kereta Baru

Beruntung orang tuanya kerana punya anak-anak yang sentiasa ingat akan mak-ayah. Tentunya, hasil didikan yang baik dari mak ayahnya. Anak sulung ini, Syazwan Hasanul berkongsi cerita susah payah abahnya bekerja sebagai tukang rumah demi menyara keluarga, membesarkan lima orang anak.

Dengan pendapatan tukang rumah abahnya itulah mereka adik beradik dapat melanjutkan pelajaran. Dan akhirnya mendapat pekerjaan yang baik. Mengenangkan jasa abah dan susah payahnya membesarkan mereka, anak sulung ini permudahkan urusan orang tuanya bina rumah baru.

Malah berpakat adik-beradik hadiahkan kereta baru untuk abahnya. Indah kisahnya.

Abah Saya Seorang Tukang Rumah

Saya nak cerita pasal kisah hidup abah saya seorang tukang rumah.
Kami adik-beradik dibesarkan di rumah sewa dari kecik sampai la besar dan sampai la saya masuk kolej.

Hidup kami tak lah senang sangat.. kadang cuti sekolah ikut la abah gi tukang umah orang, dari form 1 memang dah ikut.

Dari kecik teringin kami nak duduk rumah sendiri, tapi for us, its ok sebab kami tahu abah tak mampu.

Abah kerja sendiri, gaji hari. Mana la ada sejumlah duit yang banyak untuk buat rumah, nak buat pinjaman susah sekali.

Tapi ada sesuatu yang abah berjaya buat untuk anak-anak dia.

IKLAN

Beri Abah Duit Untuk Bina Rumah Baru

Saya anak sulung. Alhamdulillah dengan penat jerih abah sekolahkan kami. Saya sentiasa dapat result cemerlang dari UPSR, PMR, SPM dan akhirnya bekerjaya.

Adik kedua sama la macam saya jugak, sekarang seorang guru, and adik-adik yang lain juga berkelulusan tinggi.

Sepanjang hidup saya, dari belajar sampai la keje niat saya satu je. Semua benda untuk mama dan abah saya.

IKLAN

Masuk je kerja, terus saya buat personal loan dan bagi semuanya pada abah. Campur dengan duit simpanan abah siaplah rumah keluarga kami.
1 Ramadan 2012 kami naik rumah baru.

Abah tukang rumah, rumah tu dia sendiri yang bina. Kemas kan, straight cantik je. Kalau abah saya buat rumah kat taman perumahan jangan risau lah konfem takyah hantar borang defect punyer… hehe gurau.

Adik-beradik Berpakat Hadiahkan Abah Kereta Baru

By the way, perasan tak Nissan Sunny JCY 7132 dalam gambar tu kereta lama abah.
Punya la lama abah pakai, sampai bocor atap, tampal-tampal pun bocor. Nasib baik tak taruk awning je kat atas kereta tu.

IKLAN

Akhirnya kami adik-beradik pakat-pakat hadiahkan kereta baru kat abah.. Nissan Sylphy.
Kitorang suprisekan Sunny tukar jadi Sylphy.

Kereta tu ada button sport mode, senang abah dan mama nak speeding time weekend.
Hadiah kami ni kecil sangat kalau nak bandingkan pengorbanan abah yang takkan terbalas sampai bila-bila. Kami hidup dari kecil dengan hasil dari seorang tukang rumah.

Alhamdulillah.

Sedekah pada mak ayah, dua jam lepas itu Allah gantikan hadiah kelas advance bernilai 4 ribu.

MW : Sejuk perut ibu melahirkan. Anak-anak yang baik akan sentiasa ingat jasa mak ayahnya walau di mana pun kedudukan mereka.

Sumber/Foto : Syazwan Hasanul

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita