Mahu turunkan berat badan selepas bersalin memang payah. Perlukan disiplin dan komitmen yang tinggi. Sebenarnya sejak di dalam pantang lagi, ibu bersalin perlu menjaga pemakanan dan mulakan beberapa rutin agar berat badan mulai turun.

Jangan jadikan menyusu badan sebagai alasan untuk anda membesarkan badan. Sebab ada wanita yang mudah turun berat badan kerana menyususkan anak. Selain itu dikatakan amalan bertungku juga membantu wanita baru bersalin mendapat berat badan idaman.

Mungkin tip Yatt Hamzah ini dapat membantu anda :

Yatt Hamzah

Finally bonda muncul jua tunjuk muka hari ini berpantang hari ke-15. Itu pun disebabkan ada photoshoot new born untuk baby #SuciHawaZulaikha dengan @babybonnetviralmalaysia

Tetapi kenapakah mak baby yang over ni??? Nak shoot anak, mak yang beriya mekap. Haaa, sabab dah di touch up cantik oleh MUA @yusra_yahaya.
Bonda tiba-tiba confident sikit nak tunjuk muka ini. Kalau tak memang berpilis dahi, berkain batik, bau herba jamu bagai badan ini… Hehehe…

Okay nak share dengan ibu-ibu berpantang di luar sana. Bonda turun 9 kilogram dalam masa dua minggu ini. Kali ini lambat sikit berbanding anak-anak sebelum ini sebab ada masalah kesihatan selepas sahaja Bonda bersalin hari itu pada 30 Disember 2019. Selalunya lebih 10 kilogram dalam masa seminggu sahaja. Tetapi tak kisahlah lain anak, lain kisah dan pengalamannya kan. Nak tahu Bonda sakit apa lepas bersalin??? Nanti Bonda share kisah tu dalam part 4 & 5 #kisahlabourroombondayatt ya.. In shaa Allah.. Sabar sikit tau.

Rupanya sebelum ini dalam masa sahaja, selebriti, Yatt Hamzah mampu menurunkan berat badan. Namun atas faktor kesihatan, beratnya hanya turun sembilan kilogram dalam masa dua minggu. Paling penting sekarang keduanya selamat dan sihat.


Kurus Dengan Bertungku

Disebabkan ramai yang mula bertanya apakah rahsia Yatt Hamzah yang turun berat badan dengan cepat. Dia terus berkongsi rahsianya selama ini menerusi postingnya,
Yatt Hamzah

Mashaallah sejak post gambar berjubah putih samalam ramainya yang tanya apa rahsia cepat kurus muka selim melim bagai. Allahurobbi… Haza min fadhli rabbi… Semuanya dari Allah. Tapi jujur Bonda memang rajin bertungku dari dahulu. Itu bukan rahsia tapi amalan yang kena rajin buat. Paling afdhal 2 hingga 3 kali sehari, pagi sekali… petang sekali dan malam sebelum tidur sekali. Tetapi Bonda sempat buat 2 kali sahaja. Pagi oleh Kak Sal CL @ashriszspa. Petang bertungku sendiri dengan tungku elektrik premium dari @PELAM_HQ

Haaa memang mudah sangat kerja Bonda dengan tungku electrik ini sebab sambil menyusu pun boleh bertungku. Cuma perlu panaskan tungku selama sejam sebelum guna. Sudah panas terus sahaja cabut kabel cas dan mulalah tekan-tekan pada perut, kaki dan mana-mana bahagian yang sakit dan sengal selepas bersalin. Alhamdulillah Bonda sangat berpuas hati dengan tungku ini dan syorkan pada ibu-ibu berpantang semua untuk amalkan juga. Insyallah cepat sembuh, slim dan kecut peranakan.

**media[121263,121266,121267]**

MW: Bagi wanita berpantang yang sedang mencari kaedah menguruskan berat badan, mungkin anda boleh mencuba cara Yatt Hamzah. Mungkin serasi dengan bertungku, berat badan anda mulai turun. Paling penting jaga kesihatan ibu berpantang dan anak yang baru lahir. Jangan terlalu obses menurunkan berat badan hingga mengabaikan kesihatan diri.