Hutang memang wajib dibayar. Hingga ke liang lahad hutang masih dituntut. Oleh sebab itu jika berhutang selesaikan terlebih dahulu, mak, ayah kena utamakan hutang berbanding keperluan lain.

Bayarlah hutang sikit-sikit, biar poket kering daripada tebal dengan duit hak orang. Kadang-kadang orang yang menagih hutang bukan sebab membenci tetapi disebabkan sayang dia menuntut kembali wangnya. Kerana hutang boleh dibawa mati.

Ikuti perkongsian pengamal undang-undang ini, Rabiatul Adawiyah Ramli dan fahami penjelasan tentang hutang:

Kesan Hutang Tak Diselesaikan

Tahukah anda kesan hutang yang tidak diselesaikan?

Tahukah anda hutang ini boleh wujud dalam pelbagai keadaan dan manusia.

Tahukah anda, suami juga boleh tergolong dalam orang yang berhutang jika ada nafkah-nafkah yang tertunggak atau ada wang yang digunakan dari harta isteri dalam perkahwinan yang masih tidak diselesaikan.

Tahukah anda, isteri juga boleh tergolong dalam orang yang berhutang pada suami dalam pelbagai hal dan perkara yang suami tidak redhai.

Tahukah anda ibu bapa juga boleh tergolong dalam orang yang berhutang pada si anak jika tidak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

IKLAN

Tahukah anda anak-anak juga boleh tergolong dalam orang yang berhutang pada ibu bapanya sekiranya mengabaikan tanggungjawab dalam membahagiakan mereka.

Baca Juga Di sini:

Kirim Bunga Dengan Ucapan Paling Pedas Ke Majlis Perkahwinan, Cara Terakhir Tuntut Hutang

Orang Susah Nak Bayar HUTANG, Halalkan, Mungkin Ini Pembuka PINTU REZEKI Kita

Arwah Sahabat Datang Dalam Mimpi, Minta Tolong Selesaikan HUTANG

IKLAN

Bayarlah Hutang Sikit-Sikit

Tahukah anda bekas suami dan bekas isteri juga boleh tergolong dalam kategori orang yang berhutang jika pihak-pihak masih dalam pertikaian di mahkamah untuk mendapatkan hak-hak yang sewajarnya.

Tahukah anda yang sesiapa sahaja boleh tergolong dalam orang yang berhutang selagi ada pihak yang menuntut.

Tahukah anda orang yang telah meninggal dunia juga masih dianggap berhutang jika harta-hartanya masih belum diselesaikan segala hutang dan ia tidak boleh difaraidkan.

Tahukah anda harta sepencarian juga termasuk dalam kategori hutang dan pelbagai lagi.

IKLAN

Biar Poket Kering Daripada Tebal Dengan Duit Hak Orang

Tahukah anda hutang itu wajib dibayar bukan sahaja semasa hidup, semasa mati juga wajib dilunaskan.

Bayarlah hutang sikit-sikit, biar poket kering asalkan hutang bayar.
Poket tebal pun tak ada guna kalau semuanya tertulis hak orang lain.

Moga-moga Allah mudahkan urusan kita semua dalam menyelesaikan hutang di dunia agar tidak terganggu di akhirat sana.

#RabiatulAdawiyahRamli
#CelikMindaSyarieTrainingConsultancy

MW: Bayarlah ikut kemampuan dan cuba berbincang dengan pemberi hutang. Jangan sesekali melarikan diri kerana ia bukanlah jalan penyelesaian terbaik.

Sumber: Rabiatul Adawiyah Ramli

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita