Bebola Keledek Keju, Mudah DiBuat Sedap Tak Terkata!

Bebola keledek Keju. Dengar nama pun macam dah boleh agak, rasanya tentu sedap kan?  Ada  asa manis keledek, rasa lemak masin keju. Bila gigit saja bebola tu, keluar kejunya. Peh! Memang sedap.

Cuba Resipi Bebola Keledek Ini Pula

Antara dilema yang akan dihadapi oleh mak-mak tiap hari, apa nak masak untuk famili. Rasa bosan asyik masa lauk yang lebih kurang sama saja. Malam sebelum tidur dah fikir apa nak masak esok; dari sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam sehinggalah kudapan ringan sebelum tidur. Wah! Lengkap. Mana taknya, bila PKP dan PKPB, tentu kebanyakan anak tinggal di rumah. Apa lagi, makan je lah kan.

Ini ada lagi satu resipi yang best untuk dicuba. Sangat senang dan bahan pun taklah perlu modal yang tinggi sangat. Yang penting, bila buat sendiri, boleh makan puas-puas. Bebola Keledek Keju ni boleh dijadikan minum petang atau kudapan ringan sambil menonton TV pada waktu malam. Mesti sekejap saja dah licin.

Jangan lupa cuba ye mak-mak!

BAHAN-BAHAN BEBOLA KELEDEK KEJU:

Bebola Keledek Keju, Mudah DiBuat Sedap Tak Terkata!

BAHAN DOH (KULIT):

350gm keledek manis

11/2 cawan tepung pulut

1/2 cawan tepung beras

1/2 cawan gula perang/putih

IKLAN

1 sudu kecil baking powder

Secubit garam

Air secukupnya

BAHAN LAIN:

Keju cheddar

Serbuk roti secukupnya

IKLAN

Sedikit bancuhan tepung gandum+air – untuk dijadikan pelekat serbuk roti

Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

Bebola Keledek Keju, Mudah DiBuat Sedap Tak Terkata!

Terlebih dahulu rebus keledek hingga lembut. Angkat dan toskan. Kemudian lenyekkan ia hingga lumat. Kemudian masukkan tepung pulut, tepung beras, gula, baking powder dan secubit garam. Gaul sekata dan uli hingga ia membentuk menjadi doh. Dari semasa ke semasa masukkan air secukupnya (jika perlu) dalam proses membuat doh.

Bebola Keledek Keju, Mudah DiBuat Sedap Tak Terkata!Kemudian, ambil sedikit doh tadi, bulatkan dan leperkan. Letak sedikit keju cheddar di tengahnya dan tutup semula. Bentukkan ia seperti bebola. Ulangi langkah hingga selesai.

IKLAN

Bebola Keledek Keju, Mudah DiBuat Sedap Tak Terkata!Setelah itu, celup bebola tadi ke dalam sedikit campuran tepung dan air, kemudian golekkan ke dalam serbuk roti hingga merata.

Panaskan minyak ke dalam kuali dan goreng bebola cheese itu hingga masak.

 Siap! Senang saja kan?

Kredit: DAPURSHAIANNE

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita