Begini Buat Lesen Baru, Jika Lesen Memandu Hilang, 10 Minit Siap

Puaslah selongkar segala sudut dalam rumah, dalam kereta rupanya lesen memandu itu dah tertakdir nak hilang. Suka atau tidak, kenalah buat lesen baru. Sebenarnya, nak dapatkan lesen baru ini mak ayah tak perlu pun nak buat report polis.

Malah caranya pun mudah saja. Tak sampai 10 minit, lesen memandu baru dah boleh diperoleh. Inilah yang dikongsikan Noor Erman Sungep ketika berdepan pengalaman lesen memandu hilang.

Lesen Memandu Hilang, Tak Perlu Report Polis

Siapa pernah hilang lesen atau lesen tertinggal kat mana-mana then lupa. Tak tau nak buat macam mana? Meh saya bantu.
Sebab saya hari tu langsung tak tahu.

Yang best siap dah report polis. Padahal tak perlu pun.
Jadi ingat ya, lesen hilang tak perlu report polis.

Begini Cara Dapatkan Lesen Baru

Pertama

Pergi ke JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) terdekat.

IKLAN

Kedua

Pastikan bawa kad pengenalan. Tapi kalau kad pengenalan pun hilang juga, yang tu kenalah buat report polis. Buat kad pengenalan dulu. Kalau tak pun bawa salinan lesen, kalau ada lah.

Ketiga

Beratur ambil nombor tunggu giliran dalam tu.
Kat situ tekan bahagian ‘lesen’.

Keempat

Pergi ke kaunter setelah dipanggil dan siapkan duit RM20 untuk bayaran lesen baru. Lepas tu cakap kat pegawai jaga bahagian kaunter tu nak buat lesen baru, sebab lesen hilang.

IKLAN

Dia akan minta kad pengenalan kita atau salinan lesen. Kemudian, dia akan periksa dan dia akan bagitau nak tempoh berapa lama untuk jangka hayat lesen tu. Lepas tu, bayar. Pahtu tunggu tak sampai 10 minit.

Kelima

Tak sampai 10 minit lesen baru tu siap.
Senang je rupanya. Nak tunggu siap tak lama. Yang lama tu, tunggu giliran. Nak nak waktu PKP ni kan.

IKLAN

Lega tiada pegawai JPJ kat sebelah pemandu, e-testing bermula Jun.

MW : Dah tahu caranya, mudah saja kan. Semoga panduan ini berguna untuk mudahkan urusan mak ayah.

Sumber/Foto : Noor Erman Sungep

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita