Sumber/Sumber Foto: Facebook & Instagram Ani Maiyuni

Penyanyi dan pelakon Ani Mayuni berkongsi kisah sedih tentang anak sepupunya yang berusia empat tahun positif Covid-19.

Seperti yang diketahui, wabak pandemik Covid-19 sedang menular dan virus itu juga tidak mengenal mangsa. Kecil, tua, muda, dewasa dan kanak-kanak terutama bawah umur mereka mudah dijangkiti virus ini.

Artikel berkaitan: Anak Dibuli – Air Mata Ani Mayuni Terus Mengalir

Ani Mayuni Harap Adik Sepupu Kuat Menghadapi Ujian

Menurut Ani lagi, setelah disahkan positif, anak sepupunya itu dijemput dengan ambulan dari rumah untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun disebabkan anak sepupunya itu masih kecil, ibunya terpaksa mengiringinya ke hospital.

IKLAN

“Budak empat tahun, ambulan datang rumah nak bawa anak kecil yang tak tahu apa-apa pergi hospital. Nak berpisah dengan mak dan bapa, mestilah menangis.

“Pengorbanan seorang ibu. Adik sepupu saya berkorban naik ambulan itu demi anak.
“Kalau saya di tempat dia pun, saya juga akan buat perkara yang sama,” luahnya.

Disyaki Dijangkiti Dari Salah Seorang Attendant Dalam Bilik OTD

Menerusi perkongsiannya di Facebook semalam, pelantun lagu Sedap itu berkata, kanak-kanak itu disyaki mendapat jangkitan tersebut daripada doktor yang merawatnya.

“Anak sepupu saya yang baru berusia empat tahun, positif Covid-19. Harap adik sepupu saya kuat menghadapi ujian ni.

“Nak tau tak macam mana dia boleh dapat benda ni? Pada asalnya anak buah saya kena bisul. Mak dia bawa pergi hospital untuk pembedahan.

“Selesai pembedahan itu, entah macam mana selang beberapa hari dapat tahu doktor yang buat pembedahan anak buah saya itu positif Covid-19,” kongsinya.

Namun sebentar tadi, Ani memuat naik entri terbaru dan menerangkan di mana jangkitan tersebut sebenarnya disyaki dari salah seorang attendant yang berada dalam bilik OTD dan bukannya daripada doktor yang merawat.

“Assalamualaikum pertama sekali ani nak ucapkan terima kasih pada semua rakyat malaysia yg mendoakan anak kecil (anak adik sepupu ani)…ada sedikit pembetulan disini…anak buah ani terjangkiti covid 19 ni bukan dr doktor rupanya dr salah seorg attendant yg berada dlm OTD….ani baru dpt update ni….maaf skali lagi terima kasih pada rakan wartawan juga yg begitu peka dgn keadaan sekeliling…stay safe occeyy,” coretnya.

Doa Kembali Kuat & Sembuh

Dalam pada itu, Ani juga memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan anak sepeupunya itu kuat dan kembali sembuh seperti biasa.

Turut mendapat doa dari orang ramai:

Sumber/Sumber Foto: Facebook & Instagram Ani Maiyuni
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/