Wanita sanggup berhabis untuk tampil dengan gaya yang cukup sempurna. Demi cantik tak salah jika gunakan bahan alami yang mudah didapati dan murah untuk penjagaan luaran dan bahagian tersembunyi.

Bahan Alami Mudah & Senang Diperolehi

Diakui juga wanita turut menitikberatkan penampilan, bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Namun adakah anda merupakan seorang yang hanya mementingkan penjagaan luaran? Bagaimana pula dengan penjagaan dalaman? Adakah anda memiliki bahagian-bahagian tersembunyi yang gelap dan kehitaman?

Jika kamu menghadapi masalah bahagian bawah lengan atau lipatan leher yang gelap atau kehitaman, bahan alami ini membantu anda menghilangkan daki kotoran. Anda hanya perlukan daun siri dan segenggam beras.

Artikel berkaitan: DAUN SIRIH Banyak Khasiatnya, Bukan Saja Murah Bantu TANGGALKAN DAKI & KEHITAMAN Di Bahagian Tersembunyi 

Rawat Diri Dengan Bahan Alami

Bahan-Bahan
Daun Sirih
Segenggam Beras

Cara Membuat:
1. Kisar segenggam beras sehingga halus.
2. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama dibahagia ketiak dan celah paah.
3. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga aka membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.

Tip Berguna Pencegahan Kehitaman & Daki

Selain itu, diharap tips di bawah juga boleh membantu anda mencegah dan mengatasi masalah gelap dan kehitaman.

1. Setiap kali mandi pastikan kamu tidak mengabaikan bahagian bawah lengan, leher dan tepi paha. Bahagian-bahagian ini sangat memerlukan perhatian selain daripada wajah kamu. Mandi dengan sempurna!

2. Berikan sistem pengudaraan yang baik untuk seluruh badan. Kenakan pakaian yang longgar dan menyerap peluh. Ia cukup membantu.

3. Pakailah bedak anti bakteria. Selepas mandi sapukannya pada bahagian-bahagian ini untuk mengurangkan peluh.

4. Pastikan pencukur sentiasa bersih dan tidak berkarat.

5. Sekali sekala gunakan skrub ketika mandi. Ia boleh membantu menanggalkan sel-sel kulit mati malah menyahkan daki daripada kulit kamu.

6. Jangan sesekali terfikir menyemburkan minyak wangi pada bahagian bawah lengan. Ia boleh menggalakan pembiakan bakteria.

7. Pilih deodoran yang sesuai untuk kulit yang sensitif. Untuk bahagian bawah lengan, kamu digalakkan melakukan rawatan wax berbanding mencukur kerana ia lebih selamat dan mengurangkan risiko kulit di bahagian tersebut menjadi gelap.

Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/