Derita Lebih 10 Tahun Berjirankan ‘Cikgu’ Hidup Dalam Longgokan Sampah

Beberapa tahun lalu, longgokan sampah di rumah teres ‘Cikgu’ ini pernah dibersihkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Dua hari lamanya, proses nak bersihkan kediaman di Taman Bersatu, Simpang Pulai ini.

Tak lama lepas itu, ‘Cikgu’ wanita lingkungan usia 60-an yang juga pesara guru ini kembali mengumpul sampah di rumahnya. Sampai jam 2.30 pagi ‘Cikgu’ buat kerja bawa balik sampah guna basikal.

Membuatkan kediaman teres dua tingkat itu dipenuhi dengan timbunan plastik, kotak-kotak, tin kosong dan sisa makanan. Macam tapak pelupusan sampah.

Tapi inilah kediaman ‘Cikgu’ yang juga dipercayai mempunyai masalah mental.

Sampah Sebabkan Jiran Demam Denggi

Derita betul mereka yang berjiran dengannya. Sik Eng, 82 dan adik iparnya, Agnes Kam, 65 inilah yang terpaksa lebih 10 tahun tahan bau busuk dari longgokan yang dah rupa ‘bukit sampah’.

Itu belum masuk masalah nyamuk di sekitar rumah. Pernah juga Sik Eng dimasukkan ke hospital sebab demam denggi.

IKLAN

Bukan tak nasihat, mereka pula dimarahi ‘Cikgu’. Kalau terusik sikit sampahnya ‘Cikgu’ akan melenting sama.

Sudahnya, jiran tak tau nak buat apa. Melainkan tutup saja pintu dan tingkap. Tak tahan bau busuk dan nyamuk yang banyak. Bimbang sungguh jika terkena demam denggi lagi. Tambah dengan faktor usia masing-masing.

Kami sendiri tak tahu apa dia makan, mandi.. kerana dia seolah-olah berada dalam dunianya sendiri. Kami kasihan keadaannya tetapi tak tahu macam mana nak tolong.”

Baca sini : Kalau mak-mak mula rasa sayang nak buat barang, itu tanda penyakit mental hoarding disorder tu dah ada.

Ada Tiga Anak, Tapi Cikgu Tinggal Sendirian

Dikatakan ‘Cikgu’ mempunyai tiga orang anak. Tapi ditinggalkan sendirian dan tak terurus. Jiran bernama Mohd Hanipah Pareeth, 67 begitu mengharapkan agar ahli keluarga ‘Cikgu’ bertanggungjawab. Bawa ‘Cikgu’ dapatkan rawatan.

Buat aduan ke pihak polis atau MBI pun tak boleh selesaikan masalah. Sebab ‘Cikgu’ tetap akan kumpul sampah depan di rumah.

Bila rumah dipenuhi sampah, bukan saja keselamatan jiran dipertaruhkan. Nyawa ‘Cikgu’ pun dalam kebimbangan, sebab sampah sarap itu mengundang haiwan berbisa datang ke rumah.

MW : Semoga ada yang prihatin dan dapat membantu ‘Cikgu’ sekurang-kurangnya untuk mendapatkan rawatan.

Sumber/Foto : Sinar Harian, NSTP