Anak-anak masa kecil, memang macam-macam perangai. Sampaikan mak ayah boleh naik angin dan hilang sabar dengan karenah mereka. Begitu juga dalam didik anak, semuanya kena mula masa kecil. Sebab masa inilah anak-anak mudah disuruh atau minta pertolongan.

Ada orang tua pesan, jaga anak masa kecil, mak ayah akan letih tenaga. Tapi bila jaga anak yang sudah besar, mak ayah akan rasa letih otak.

Sebab apa dikatakan macam itu? Ini kerana masa kecil anak-anak tak faham lagi apa yang mak ayah cakap, namun anak-anak akan buat apa yang mak ayah suruh. Sedangkan jaga anak masa besar, boleh jadi mak ayah letih otak sebab memikirkan anak yang mula nak ‘melawan’, tak kisah dan ‘buat hal sendiri’.

Didik anak masa kecil bukan saja pada anak perempuan tapi juga pentingnya didik anak lelaki. Bukan ajar anak tentang kerja rumah tapi tentang akhlak, solat dan sebagainya. Inilah yang dikatakan oleh Sarah Saifudin dalam cara mak ayah didik anak.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Didik Anak Perempuan Ikutlah Sunnah Nabi, Bukan Ikut Trend, Barulah Hidup Berkat

Tiap Orang Ada Kehebatan, Didik Anak Faham Kelebihan Mereka

iInfo Lebih Menarik DI SINI

Masa Kecil, Maka Ayah Kena ‘Bersuara’

SERUAN BUAT ANAK LELAKI

Kenapa mesti diajar tentang kerja rumah dan kekemasan.

Kita mengajar anak untuk memasukkan baju yang diguna ke dalam bakul.
Tetapi kita lupa mengajar anak untuk mengangkat bakul berisi baju yang kotor ke dalam mesin basuh dan menekan button START.

IKLAN

Begitu juga, bila kita mengajar anak supaya solat.
Tetapi kita lupa menyuruhnya melipat dan menyusun sejadah selepas solat.

Kita mengajar anak membawa pinggan yang diguna ke dalam singki tetapi kita lupa mengajar mereka on paip dan START membasuh pinggan.

Dalam kita mengajar anak bangun tidur dengan bacaan doa bangun tidur.
Tetapi lupa menyuruhnya melipat dan mengemas bantal selimut di katil.

Kita mengajar anak tutup pintu kereta dengan baik dan masuk rumah memberi salam.
Tetapi lupa menyuruh mereka mengambil semua barang di kereta sebelum masuk ke dalam rumah.

Malah, kita mengajar mereka makan dengan tertib tetapi kita lupa mengajar mereka, menyiapkan tempat hidangan, menyusun pinggan cawan sebelum makan.

Kelupaan Mak Ayah

Apa yang salah pada kelupaan kita?

IKLAN

Tahukah anda..

Ada seorang insan yang beragama buddha, tertarik dengan Islam kerana melihatkan seorang Dato’ dan seorang driver berdiri sebelah menyebelah, berlaga bahu, hanya dengan satu saf jemaah? Tanpa mengira siapa kau dan aku.
Ada pula seorang lelaki, tertarik dengan ajaran Islam, hanya kerana melihatkan seorang anak kecil menyusun pinggan mangkuk selepas makan di kedai, lalu memasukkan kerusi ke bawah meja. Sebelum dia berlalu pergi.

Tetapi kenapa pula masih ada masyarakat kita yang beranggapan,
Anak lelaki tidak perlu diajar semua ini, bimbang jatuh keegoannya?
Atau bimbang besar nanti menjadi anak yang di kawal isteri?
Mungkin juga bimbang isteri hilang hormat pada suaminya.

Percayalah.
Membina didikan dengan ketaatan akan dibimbing jua dengan ketaatan.

Anak kecil lebih mudah disuruh dan diminta pertolongan berbanding anak yang sudah besar.
Rajin-rajinlah bersuara pada anak.

Umi penat, boleh tolong umi picit kaki?
Ayah penat, tolong picit kepala ayah.
Abang tak sihat, adik tolong ambilkan air untuk abang.

Ajari mereka menjagamu di saat sakit, sekalipun hanya sakit kepala.

Agar dia tak lupa, menghargaimu di saat sakit di hari tua.

IKLAN

Ingat pesanan orang lama.

Didik anak masa kecil LETIH TENAGA.
Tapi jaga anak masa besar LETIH OTAK.

Lebih baik letih tenaga dari letih otak.
Letih tenaga, kita masih muda menjaga anak.
Letih otak, kita dah tua untuk menanggung stres dan beban.

#peringatanuntukdirisendiridansemua
#moodvacationlagi

Mw: Betul tu, masa muda kita masih kuat, tapi bila dah berusia, inilah masa untuk anak balas pengorbanan mak ayah pula.

Sumber: Sarah Saifudin

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita –
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita