Sumber Foto: Instagram Iman Tang dan Instagram Puteri Aishah

Kami doakan Puteri Aishah cepat sembuh ya. Semalam khabarnya, pelakon Puteri Aishah telah dikejarkan ke hospital apabila mengalami kecederaan serius pada bahagian jari kelingking kiri.

Puteri Aishah Mahu Potong Buah

Difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika pelakon itu sedang memotong buah dan tanpa sengaja terhiris jari kelingkingnya sehingga terkoyak.

 

Perkhabaran tersebut dikongsi pengurusnya, Iman Tang menerusi Instagram miliknya.

“Sewaktu kejadian, Puteri Aishah mahu memotong buah.

“Mungkin disebabkan buah terlalu keras dan pisau pula licin, lantas menghiris jari kelingking sebelah kiri hingga terkoyak dan mengalirkan banyak darah.

Mujur Puteri Aishah Ditemani Teman

“Mujur ketika itu Puteri ditemani seorang teman dan segera membawanya ke sebuah pusat perubatan swasta untuk mendapatkan rawatan akibat pendarahan yang begitu teruk,” luah Iman sebagaimana dilaporkan.

Baca Juga Ini: 

Alhamdulillah, Selepas 11 Hari Puteri Aishah Akhirnya Negatif Covid-19

Doakan Puteri Aishah Cepat Sembuh, Kini Stabil & Sedang Berehat   

Doakan Puteri Aishah..

Bagaimanapun selepas menjalani pembedahan Puteri Aishah kini dalam keadaan stabil dan sedang berehat.

Kata Doktor, sekiranya jari Puteri Aishah tidak dibedah, berkemungkinan ia tidak akan berfungsi lagi seperti biasa.

“Selepas dua jam, pembedahan selesai dilakukan dan Puteri Aishah berada dalam keadaan stabil. Cuma sekarang dia masih belum sedar kerana kesan bius,”

Puteri Aishah baru saja selesai menjalani pengambaran. Dan disebabkan kemalangan ini pelakon filem Pulang ini mungkin akan berehat untuk seketika.

Sumber Foto: Instagram Iman Tang dan Instagram Puteri Aishah

 

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita