Sumber / Sumber Foto: farahnabilahofficial

Farah Nabilah Saipuddin, 28 atau lebih mesra dengan pangilan Fawaa telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor pagi semalam.

Pelakon yang popular dengan drama lakonannya seperti Titian Cinta, Papa Ricky dan Halalkan Hati Yang Ku Curi telah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 29, pada 20 Disember 2019.

Artikel berkaitan: Ibrahim Jibriel Nama Pilihan Bayi Keempat Fad Bocey & Isteri

‘Bunting Pelamin, Alahan Santan Dan Ayam..’ Farah Nabilah Hamil 19 Minggu

Kongsikan Nama & Wajahnya Bila Tiba Masa

IKLAN

Menerusi perkongsian di entri akaun Instagramnya, Farah memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi wajah dan nama putera sulungnya itu buat sementara waktu.

“Syukur Alhamdulillah Fawaa (Farah) telah selamat melahirkan bayi lelaki sulung yang sihat pada pagi tadi (semalam), 22 Oktober 2020, 5 Rabiulawal 1442.

“Fawaa akan kongsikan nama and wajahnya bila tiba masanya ya,” kongsinya.

Semoga Allah Merahmati Kita Semua

Pelakon ini juga turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan buat mereka sekeluarga selama ini.

“Terima kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. Semoga Allah merahmati kita semua dengan kegembiraan terutamanya dalam keadaan macam ni. Be safe semua,” luahnya.

Begitu berseri ketika mengandung.
Tahniah buat pasangan ini.

Tahniah MW ucapkan buat Farah Nabilah dan suami. Selamat menjalani tempoh berpantang.

Sumber / Sumber Foto: farahnabilahofficial
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/