Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya mengakui secara tiba-tiba dia terlalu obses dengan drama-drama Korea dan muzik K-Pop sejak hamil anak kedua.

Malah Hanez juga sering menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan menyaksikan program-program hiburan dari negara berkenaan.

“Sebelum ini, saya memang meminati budaya dan industri negara berkenaan. Tetapi, tidaklah terlalu obses seperti apa yang saya alami sewaktu hamil.

“Sehinggakan, saya pernah mengajak suami saya untuk bercuti di sana. Memang minat sangat, tidak hanya dunia hiburannya semata-mata,” katanya ketika ditemubual pada majlis pelancaran produk pewarna bibir, Cake Pop serta ‘Baby Shower’ di Hotel Grand Millennium baru-baru ini.

IKLAN

Bakal Timang Anak Perempuan

Pada majlis tersebut, Hanez yang kini hamil tujuh bulan turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada awal Julai depan.

“Disini saya turut mahu berkongsi yang saya bakal melahirkan anak perempuan tidak lama lagi. Jadi saya  boleh beraya dulu sebelum bersalin. Alhamdulillah bayi dalam kandungan sihat,” ungkap Hanez.

IKLAN

Pewarna bibir Cake Pop 

Hanez yang juga suka berniaga, menjelaskan dek kerana k-pop, terus tercetus idea untuk mengeluarkan pewarna bibir yang diberi nama Cake Pop.

IKLAN

Menurutnya lagi, dia mulai tergerak hati untuk memasarkan produk pewarna bibir kerana terpengaruh dengan solekan natural pelakon-pelakon Korea yang sering ditonton di layar kaca.

“Sejak obses dengan perkara tersebut, saya sangat tertarik dengan solekan jua. Tampak semula jadi dan tampak segar. Disebabkan hal itulah, saya memilih untuk mengeluarkan pewarna bibir ini. Ia mempunyai tiga variasi warna bersama perisa berbeza,” katanya.