Sumber / Sumber Foto: Facebook Azuan Mazlan

Pelakon Azuan Mazlan yang dahulunya pernah membintangi drama ‘Bohsia Jalan Kembali’, kini begitu aktif sebagai Jemaah Tabligh. Jika dahulu Azuan merupakan seorang selebriti yang hidup sosial dan kini lebih terarah kepada kehidupan yang berlandaskan agama.

Terbaru menerusi perkongsian di entri Facebook akaun Azuan Mazlan pelakon ini menerangkan tentang perbezaan Purdah, Niqab da Burga’. Malah Azuan juga mengakui isterinya juga sudah berniqab. Malah pendakwah ini juga memohon doa agar dia dan isterinya, Ahlia istiqomah.

Artikel berkaitan: Dari Free Hair Sehinggalah Allah Muliakan Jadi Wanita Baik, Sejuk Mata Memandang

8 tahun Jadi Artis Sendu, Hati Tak Tenang & Jiwa Kosong, Hidayah Allah Sangat Mahal 

IKLAN

PURDAH, NIQAB & BURQA, Konsep Tetap Sama, Tutup Muka

“Ramai pm saya Niqab & Purdah ni sama ke? Burqa tu apa pula? Btw, gambar2 ni nak tunjuk perbezaan antara PURDAH, NIQAB & BURQA’. Kalau tengok kat gambar ni pun dah boleh nampak perbezaannya kan? Bezanya dari segi design & cara pakai jer. Konsep tetap sama.

“Tutup muka. Persoalannya, wajib ke tutup muka? Tak! Sunnah & Sunat jer. Rasa nak pakai, silakan. Taknak pun takpe. Asalkan tutup aurat yg WAJIB ditutup oleh wanita iaitu seluruh anggota badan kecuali muka & tapak tangan. Kalau hal dunia kita berlumba-lumba nak jadi yg terbaik & nak paling rare kan? Hal akhirat mestilah lebih lagi kena buat yang paling rare untuk buktikan pada Allah yg kita betul2 nakkan syurga yang paling tinggi berjiran bersama Rasulullah saw.

“Dalam Sunnah pasti ada banyak Kejayaan.. Banyak bantuan Allah swt bersama kami semenjak ahlia pakai Niqab.. WaAllahi, Seri pada wajah ahlia sy pun berlipat kali ganda, makin bertambah sayang bila lihat wajahnya hati sy sentiasa rasa sejuk jer… Allahuakbar.
PURDAH, Tutup Separuh Muka

PURDAH : Tutup separuh muka dari hidung sampai ke bawah. Mata & dahi terdedah. Biasanya di pakai macam ni bila nak cepat sebab senang. Ada jenis guna getah (sarung je) atau tali halus (ikat simpul je) dah boleh keluar rumah. Tak leceh sangat. Agak kecik & ringan. Biasanya dipakai belah dalam tudung.

NIQAB, Lagi Kemas & Senang

NIQAB : Jenis tutup dahi sekali, hanya mata sahaja yg kelihatan. Ahlia (isteri) sy suka pakai jenis macam ni sebab lagi kemas & senang diselak bila nak makan. Sebab ikat dekat belah luar tudung.

BURQA’, Semua Bahagian Tertutup Termasuk Mata

BURQA’ : Semua bahagian tertutup termasuk mata. Ahlia (isteri) sy pakai macam ni bila Khuruj Masturat dengan suami dia iaitu saya la.. siapa lagi? Hehe.. Waktu Khuruj Masturat (Keluar di jalan Allah swt) 3 hari, 10 hari, 40 hari & 2 bulan kena pakai macam ni. Selalunya memang dipimpin tangan oleh suami. Boleh nampak ke? Ya! Boleh… Tapi tak berapa jelas lah sebab lapisan yang tutup mata tu agak jarang sikit dari lapisan bahagian lain so boleh je nak berjalan cuma tak clear sangat. Saya nak jelaskan kenapa waktu Khuruj Masturat kena pakai full-set burqa’ hitam macam ni sampai mata pun perlu ditutup? Nak cerita kat sini, tak muat caption. Huhuu…

Bersama isreri tersayang.

“Apa-apa pun, tak kisah lah pakai macam mana asalkan tutup aurat dengan sempurna. Semoga istiqomah, doakan saya & ahlia saya juga, kedua ibubapa saya, adik beradik sy serta seluruh ummat Nabi Muhammad saw dapat mengamalkan Sunnah yang sempurna dalam kehidupan ini,” kongsi Azuan Mazlan.

Terima kasih Azuan Mazlan kerana sudi berkongsi kisahnya dengan Mingguan Wanita.

Sumber / Sumber Foto: Facebook Azuan Mazlan
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/