Hidup kalau tidak bersyukur akan buat kita sentiasa rasa tidak puas hati dengan apa yang ada. Kadang-kadang, isteri puji suami orang lain, kononnya cara layanan yang diberi tidak seperti yang diharapkan oleh suami sendiri.

Dari situ mulalah, isteri puji dan bandingkan suami orang dengan suami sendiri. Ada suami orang lain beli barang kemas, pandai urus rumah, jaga anak dan sebagainya. Sedangkan suami sendiri tidak pernah lakukan perkara ini.

Kadang-kadang, kita tidak sedar, semua itu adalah jodoh yang ditakdirkan. Hadir suami melengkapi kekurangan kita dan begitu juga suami, melengkapkan kelebihan kita. Usah rasa menyesal dengan pasangan yang kita ada. Sebab kita pun belum tentu sempurna.

Begitu juga bila tengok dan puji suami orang lain yang pandai ambil hati, buat kejutan dan sebagainya. Ia tidak akan sama tapi cubalah faham, ada sisi baiknya pasangan yang telah Allah jodohkan. Itulah dikatakan saling melengkapi.

Ingat kembali, sepanjang perkahwinan, ada bahasa cinta atau kasih sayang yang pasangan dengan cara tersendiri. Mungkin cara pasangan kita tak sama dengan orang lain. Tapi bersyukurlah, hanya kita yang tahu cara pasangan layan kita.

Betul apa yang dikongsikan oleh Anie Alja. Jangan puji ‘laki orang’ sebab pasangan kita ada bahasa cinta yang hanya kita tahu Percaya dan banggalah mempunyai pasangan yang memahami diri.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri Pertahankan Rumah Tangga Demi Anak-Anak, Bukan Fikirkan Diri Sendiri Saja

Kalau Tak Mampu Gajikan Pembantu Rumah, Suami Janganlah Berkira Tolong Isteri

Info Lebih Menarik DI SINI

IKLAN

Isteri Puji, Cara Tersendiri

Bahasa CHENTA

Ada suami pandai main gitar. ‘Ke teng…ke teng,’ petik gitar nak memikat kita dulu. Lepas kahwin pun masih petik gitar malam-malam melayan isteri jahit baju tempahan.

Malah, ada suami pandai masak. Dia paling rajin layan master chef. Esok, dia masak makanan terkini, trending dan bagi anak isteri rasa. Esok lusa, dia masak menu lain pulak. Untung lah.

Ada suami rajin bawa kereta. Dia memang suka meronda-ronda atas jalan. Isteri langsung tak pernah praktis lesen kereta sebab suami dia rajin hantar ke mana-mana saja.

Begitu juga, ada suami suka buat kejutan, hadiahkan barang/bunga pada isteri dan anak-anak. Suka buat parti terkejut. Suka cari barang kesukaan isteri dalam kegelapan. Dia banyak masa nak fikir, ikut dia lah.

IKLAN

Suami Sendiri?

Baiklah, suami saya tidak ada langsung ciri-ciri di atas. Memang tak ada.

Dia tak masak, tak pandai main gitar, dia tak suka buat kejutan, itu atau ini. Tapi sebagai isteri, saya tahu dan faham bahasa kasih sayang suami macam mana. Begitu juga suami anda, mesti lain juga.

Suami anda pun sama, ada bahasa yang tersendiri untuk luahkan rasa sayang dan cinta. Jangan kalut sangat mengikut bahasa cinta ustaz selebriti, artis, media influencer dan sebagainya.

Kasihanilah suami sendiri, bila baca teurs tag suami masing-masing. Kononnya minta buat seperti ini juga.

Bayangkan bagaimana kalau suami anda sendiri tag status perempuan lain yang kurus, sedangkan kita seperti belon panas.

IKLAN

Apa yang anda rasa. Mestilah marahkan. Sampai paksa suami bagi duit untuk buat pembedahan buang usus atau kuruskan badan. Jangan sesekali suka tag pasangan.

Jadilah isteri yang bukan puji atau kagum dengan ‘laki orang’. Isteri kena bangga punyai suami atau pasangan yang tahu baik buruk diri kita. Itu pun dah cukup!

MW: Tak perlu nak kagum suami orang dan mengharap suami kita buat macam tu. Sebabnya, suami kita pun ada cara tersendiri nak ‘tackle’ hati kita.

Sumber: Anie Alja

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita