Jangan Pandang Ringan Rambut Berbau Hapak, Sampai Orang Sebelah Pun Boleh Berbau

Hindarkan diri anda dari dijadikan bahan bualan rakan sekerja dek kerana masalah bau rambut. Masalah ini melibatkan kepam, masam, hapak dan busuk. Walaupun sudah dicuci, bau kurang menyenangkan tetap ada.

Memandangkan rambut diibaratkan sebagai mahkota wanita, jangan biarkan orang sekeliling dapat menghidu bau masam dari rambut anda. Sama ada berambut pendek atau pun berambut panjang penjagaan rambut sangatlah penting.

 

Ranjinlah Cuci Rambut 

Wanita sememangnya sinonim dengan kecantikan. Menjaga kesihatan dan kebersihan rambut adalah sangat penting.

Ikuti tip ringkas ini;

  1. Cuci rambut selang hari. Sebaiknya jika anda terasa kulit kepala berminyak atau gatal. Sambil cuci, gosok dan urut kulit kepala secara perlahan-lahan.
  2. Elakkan mencuci rambut dengan menggunakan air suam kerana ia akan menjadikan rambut kasar, kering dan susah untuk diurus. Membilas rambut dengan air sejuk adalah lebih baik untuk melembutkan kutikel rambut.
  3. Pastikan guna syampu yang bersesuaian dengan rambut yang bebas dari bahan kimia tinggi. Dan jika menggunakan perapi tidak mengena pada kulit kepala kerana ianya boleh menyebabkan kulit kepala menjadi berminyak.

Baca Disini Juga:

SAKIT & Bergerak-Gerak, Doktor Terpaksa Jalankan Pembedahan Keluarkan RAMBUT Di Tapak Kaki

IKLAN

Satu Kesilapan Jika Ambil Mudah Penjagaan & Kesihatan Kuku, Bukan Senang Nak Cantik! 

Che Ta Boleh Tidak Bersolek, Nafi Hanya Terima Watak ‘Control’ Cantik  

Cubalah Bahan Alami Untuk Merawat Rambut Bermasalah 

LIMAU NIPIS

 

Bahan-Bahan:

IKLAN

2 biji limau nipis

Cara Membuat:

  1. Perahkan limau nipis.
  2. Sebelum itu dibasahkan rambut terlebih dahulu dan perahan air limau nipis tadi di gosok-gosok kebahagian kulit kepala sehingga habis sekepala.
  3. Biarkan seketika selama 15 hingga 20 minit. Selepas itu bilaskan.
  4. Limau nipis berkuasa merawat masalah rambut kerana kaya dengan sumber vitamin A dan C.

Ianya membersihkan kulit kepala dan menghilangkan kelemumur. Juga melebatkan dan menyegarkan rambut secara semula jadi.

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Ramai yang hidup susah kesan pandemik Covid 19. Namun, kempen Bangkit Wanita anjuran Mingguan Wanita umpama rahmat di sebalik apa yang terjadi. Ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda yang terjejas dan ingin tambah pendapatan melalui perniagaan. Susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk kita dapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Letak link inihttps://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-capai-4-angka-bisnes-mobile-spa/

IKLAN

Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita