Kata Bonda Rozita, Anak Generasi Dulu Survival, Campak Mana Pun Hidup

Ada benarnya apa yang dikongsikan pengasas Jamu Ratu Malaya, Bonda Rozita Ibrahim yang juga ibu kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri. Tentang didikan orang dulu yang membentuk keperibadian anak lebih kental dan tahan dugaan.

Anak sekarang, terlalu terdedah dengan gajet dan media sosial. Yang mana, kesannya membuatkan jiwa mudah rapuh malah tidak tahan dengan dugaan. Biarpun hidup di kelilingi dengan kesenangan, namun masih mendengar rungutan ketidak puasan hati.

Ini yang dikongsikan di dalam instagramnya tak lama dulu. Tulisnya,

Gambar ni rumah Kri. Saya tak mewah macam dia. Sekadar renungan.. tabik sangat generasi di zaman 60-an. Kami anak generasi survival yang multi task. Walau tak sekolah tinggi.. campak mana pun hidup.

Saya selalu fikir. Anak-anak zaman dulu didera mentalnya (pasca merdeka). Macam mana boleh tahan yer?

Saya tak keluar rumah. Tak ada hiburan. TV, radio pun tak ada.. hanya dengan tanaman dan binatang hiburan hati. Fesyen-fesyen memang tak ada.

Saya mahir masak dan sifat wanita urus rumah tangga melayan mak ayah sejak umur 12 tahun.

Kuasai Kemahiran Urus Rumah, Pertanian Demi Kelangsungan Hidup – Bonda Rozita

Tak ada pulak kena depresion atau sakit mental. Sedangkan anak zaman sekarang jauh lebih bertuah yang penuh dengan aktiviti di sekolah dan hiburan. Tapi masih merungut tertekan dengan keluarga. Bunuh diri, lari rumah, bercinta muda-muda. ‘Saya rasa aneh’.

Kemahiran urus rumah, pertanian atau alam memang langsung tak tahu. Yang mahir hanyalah media sosial dan artis Korea, melancong dan lain-lain.

Ketahanan mental lemah gara-gara tak latih ke dunia realiti. Sebab khayal, lemah.. gara-gara gajet. ‘Angan banyak isi tak ada’.

Betul kata nabi kita akhir zaman ‘ibu bapa akan takut dengan anak-anaknya.’

MW : Banyak benarnya apa yang dititipkan Bonda Rozita Ibrahim itu, ada didikan orang lama yang masih boleh diguna pakai dan boleh dijadikan panduan untuk melahirkan anak yang kental jiwa raga.

Sumber/Foto : Bonda Rozita Ibrahim