’Ke Mana Pun Saya Pergi, Dia Akan Jejak Lokasi Di Telefon’ 5 Tahun, Isteri Ini Makan Hati Dengan Ego Suami

’Ke Mana Pun Saya Pergi, Dia Akan Jejak Lokasi Di Telefon’ 5 Tahun, Isteri Ini Makan Hati Dengan Ego Suami

Peritnya bila dalam sebuah perkahwinan itu cuma suami saja yang boleh bersuara. Bila isteri minta haknya, suami kata ‘Saya kan suami..’ ‘Awak tu isteri, dengarlah cakap suami.” Pedihnya makan hati hidup dengan suami semacam ini. Lebih parah, suami nampak macam acuh tak acuh, tapi ke mana pun isteri pergi dia mahu ambil tahu sampai jejak lokasi isteri dari telefon bimbitnya.

Ini bukan kisah yang direka, inilah adalah kiriman cerita dari seorang isteri bernama Eja yang tak tahan hidup bersama suami yang terlalu Ego. Kisah Eja ini dikongsikan oleh Puan Diyana Tahir, pengasas Ehati.

Kata Puan Diyana, “Setiap lelaki pasti mempunyai ego masing-masing tetapi apa yang membezakannya adalah tahap keegoan mereka. Harini saya nak kongsikan kisah tentang seorang isteri yang menderita disebabkan ego suaminya.

Anda juga mempunyai suami yang ego? Jom kita ikuti kisah puan ini. Semoga ia menjadi iktibar kepada semua.”

Suamiku Alim, Tapi Egonya Pada Isteri Tinggi Melangit

“Nama saya Eja. Saya sudah berkahwin selama 5 tahun dengan pilihan keluarga saya. Suami memang seorang yang baik dan alim. Selalu pergi masjid, sedekah dan ambil berat terhadap orang susah lebih-lebih lagi anak-anak yatim.

Tapi satu je kekurangan dia yang menyebabkan saya menderita selama saya menjadi isteri dia. Suami seorang yang sangat EGO. Saya faham memang setiap pasangan ada kekurangan masing-masing tapi sikap egonya yang terlampau tinggi menyebabkan kami selalu bergaduh.

Suami memang jenis susah nak cakap ‘I love you’ sebab katanya kasih sayang tu tak boleh ditunjukkan hanya dengan kata-kata. Yang penting perbuatan tu.. Saya tak setuju dengan pendapat dia sebab saya dah terbiasa dibesarkan dengan perkataan ‘I love you’ dengan keluarga saya. Suami selalu rasa geli dan meluat bila saya cakap ayat tu.

Isteri Rimas.. Suami Jejak Lokasi Di Handphone & Pantau Mesej

Saya selalu rasa suami tak sayang saya bila dia ego nak cakap perkataan tu.. tapi yang peliknya, suami sangat mengongkong saya sehingga location saya pun dia selalu track dengan handphone dia.. whatsapp saya pun dia nak pantau. Dia scan barcode whatsapp dan pantau segala mesej saya dari jauh, memang dah takde privacy langsung dengan dia.

Apa yang membuatkan saya lebih terkilan bila saya hilang semua kawan-kawan saya. Dia paksa saya tinggalkan kawan-kawan yang sentiasa ada susah dan senang dengan saya. Memang rasa takde ‘life’ langsung puan.. Hidup saya dengan anak-anak dan dia sahaja.

Lebih teruk lagi bila saya kena update apa yang saya buat di pejabat kepada dia. Nak masuk toilet pun kena inform dia.. Cara pemakaian saya dan pergaulan saya semua kena ikut dia. Selalu sangat saya dan dia bergaduh disebabkan perangai dia ni tapi macam biasa mesti kena dengar cakap dia, asyik dia je yang menang!

Saya tak diberikan peluang untuk beri pandangan atau mempertahankan diri saya. Ayat yang dia selalu guna “Awak kan isteri saya kena la dengar cakap saya!”. Meluat betul saya dengar kata-kata tu puan..

Saya Ini Patung Ke?

Bila saya suruh dia buat tanggungjawab dia mesti dia balas “Isteri kena dengar cakap suami, taat suami”. Sakit betul hati saya bila dia cakap macam tu. Habis tu saya takde hak bersuara? Saya ni patung ke takde perasaan dan takde pendapat sendiri..

Lama kelamaan saya pilih untuk mendiamkan diri dan memendam rasa. Saya dah takde sesiapa untuk bercerita. Keluarga pun jauh di utara, kawan-kawan semua saya dah putuskan hubungan.

Saya yang selalu beralah bila berlaku perselisihan faham. Saya juga yang kena minta maaf pada suami kalau saya mengguriskan hati dia tapi bila dia buat salah dengan saya, memang saya merajuk ke buat muncung sedepa ke, dia buat tak tahu tahu je sampai saya beralah dan pujuk hati sendiri. Saya selalu berdoa supaya dia akan berubah.

Puan, apa lagi saya nak buat dengan rumahtangga saya? Saya cuba menerima keegoan suami dan mencintai dia tapi semakin lama rasa sakit yang saya dapat. Bagaimana nak berdamai keegoan suami saya? Kalau tahu keadaan akan jadi macam ni, saya tak terima dia dulu”. – Luah Puan Eja kepada saya.

Terlalu ramai wanita yang bergelumang dengan masalah SUAMI EGO ini tetapi tidak tahu nak buat apa. Ada yang berhadapan dengan masalah ini sehingga akhir hayatnya. Apa pandangan anda tentang isu keegoan ini? Adakah anda juga mangsa keegoan suami seperti Puan Eja?

Sumber/Foto : Diyana Tahir -Coach, Speaker, Author