Kenapa Nak Salahkan Mentua, Besarkan Suami Cara Salah Sejak Kecil

Letih isteri, bila suami cuma tahu mengarah siapkan makan minumnya, tapi tak pernah pun prihatin nak bantu isteri di dapur. Waima basuh pinggan sendiri yang suami dah guna. Semua isteri buat.

Bila dah tak tahu nak nasihat suami macam mana, isteri mengeluh. Salahkan ajaran mentua besarkan suami cara salah.

Sebagai manusia dewasa yang boleh berfikir, ياسمين حناني محمد سفيان fikirkan sejenak perkongsian ini. Sikap suami yang enggan masuk dapur’ bukan seratus peratus disalahkan atas bahu mentua.

Mentua Besarkan Suami Cara Salah Sejak Kecil?

Salahkan ajaran mertua membesarkan suami kita secara salah sejak kecil?

Bukan sekali kawan perempuan saya merungut yang lebih kurang begini bunyinya;

‘Akak dah tak tahu nak masak kuih apa petang ni, suami akak jenis kena makan kuih petang-petang sebab mak dia memang ajar macam tu dari kecil.’

‘Suami aku makan mesti 4 kali sehari, sebelum tidur paling-paling supper mesti ada teh dan biskut. Macam tu dari dulu.’

‘Suami saya kak, sadin telur memang tak makan, emak dia tak ajar makan. Kuah mesti santan, kuah air ni dia panggil air basuh tangan aje, pening saya nak masak.’

‘Susah kak laki saya, anak dan dapur semua tak pernah sentuh. Bapa mertua, ipar lelaki semua macam tu, pinggan letak di singki sahaja.’

Bukan Bermakna Sebagai Lelaki Tak Boleh Berubah

Ketahuilah wahai manusia dewasa, bila sahaja umur kita meningkat baligh, maka sempurna lah akal pemikiran kita untuk membezakan perkara baik dengan buruk. Emak ayah mertua tak pernah ajar anak lelaki ke dapur, bukan bermakna sebagai lelaki tidak boleh berubah selama-lamanya.

Emak tak pernah ajar anak makan budu, bukan bermakna tak boleh kahwin dengan orang Kelantan.

Jangan sesekali menyalahkan emak ayah kita. Kita ada otak ada fikiran, kehidupan manusia berubah. Dan jangan demand bagaimana ibu bapa layan kita maka kita minta pasangan kita layan juga sedemikian rupa.

Itu Cuma Alasan Sebab Tak Nak Ubah Sikap

Kita kahwin dengan pasangan kita, bukan dengan mertua kita. Salahkan orang tua hanya lah alasan tidak mahu berubah.

Jangan salahkan mertua kita dapat pasangan begini, dan jangan salahkan emak ayah sendiri bila kita jadi begitu dan begini, kita ada akal sendiri.

Seperti mana disebut dalam al Quran, apabila ditanya kepada orang jahil kenapa mereka tetap jahil, maka mereka menyalahkan nenek moyang mereka yang mengajar mereka kejahilan dan kesesatan.

MW : Sebenarnya ada cara macam mana isteri nak bagi suami rajin ke dapur.

Sumber/Foto : ياسمين حناني محمد سفيان