Sumber/Sumber Foto: Instagram selangorroyalofficial

Kesedihan seorang gadis penghantar makanan bernama Nur Athirah Abdul Latif yang motosikal miliknya dicuri beberapa hari lalu berakhir apabila kisahnya mendapat perhatian DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Gambar Nur Athirah yang tukar ketika kejadian.

Kejadian motosikal hilang tersebut telah tular di sosial media, motosikal milik Nur Athirah telah dicuri di Batu Caves, Selangor, namun tidak sampai dua hari kesedihan tersebut diubati apabila Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menghadiahkannya sebuah motosikal baharu.

Nur Athirah Gembira Terima Hadiah 

Sumbangan disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.

Sumbangan Peribadi Tengku Permaisuri Selangor

DYMM Tengku Permaisuri Selangor

Kesedihan Nur Athirah Berakhir, Terima Motosikal Baru Sumbangan Tengku Permaisuri Selangor

Menerusi sebuah kenyataan yang dikongsikan menerusi akaun Instagram Royal Selangor Official, Baginda berasa amat sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib malang gadis yang berusia 23 tahun itu.

SELANGORROYALOFFICIAL

“DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi berupa sebuah motosikal kepada saudari Nur Athirah Abdul Latiff yang baru sahaja ditimpa musibah apabila motosikalnya dicuri ketika sedang melakukan kerja penghantaran makanan di Batu Caves, Selangor.

“Baginda berasa amat sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib malang Nur Athirah.

IKLAN

“Sumbangan itu disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.

“Nur Athirah yang merupakan anak kedua dari tiga beradik tinggal bersama ibunya di Batu Caves kini bertindak selaku penyara keluarga dengan melakukan kerja penghantaran makanan sepenuh masa.

“DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berharap dengan sumbangan ini Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga.

“Titah Baginda lagi, di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini, Baginda amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain.

“Baginda turut mendoakan agar sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T.”. kenyataan yang dipetik menerusi Instagram selangorroyalofficial

“Daulat Tuanku, Alhamdulillah”

Sementara itu, menerusi satu posting di Twitter, Nur Athirah turut meluahkan rasa syukur dengan pemberian daripada Tengku Permaisuri Selangor

“Daulat Tuanku, Alhamdulillah. Terima kasih, syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

Sumber/Sumber Foto: Instagram selangorroyalofficial
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/