Buat mak-mak yang ada masalah anak payah nak makan sayur, mungkin boleh cuba resipi  kobis bunga goreng rangup ni. Bila disalut dengan tepung suji dan digoreng rangup, teksturnya jadi macam popcorn. Ia boleh dimakan dengan nasi atau makan begitu sahaja. Anak-anak mesti suka.

Berikut perkongsian resipi daripada Puan Pari Malar Thoraisingam sebagai rujukan;

“Bunga kobis goreng krup krup. Boleh sediakan untuk makan bersama nasi atau jajan untuk anak anak nikmati waktu petang.”

Bahan-Bahan:

Kobis bunga
Sedikit serbuk cili
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk ketumbar
8 sudu tepung jagung
6 sudu tepung beras
garam and gula
2 sudu tepung suji
Daun Kari

Cara Membuat:

1. Basuh bersih dan potong kobis bunga.

2. Letak sedikit serbuk cili.

3. Tambah sedikit serbuk kunyit.

4. Kemudian sedikit serbuk ketumbar.

5. Selepas itu, tambahkan pula tepung jagung,tepung beras, garam dan gula. (Boleh masukkan perencah ayam atau aji kalau suka) Saya buat vegetarian pun sedap takde perencah.

6. Renjiskan dengan sedikit air dan gaul sebati.

7. Masukkan pula tepung suji.

8. Bunga kobis yang disaluti tepung suji.

9. Goreng dengan minyak.

10. Goreng daun kari dan tabur di atas.

Siap! Bunga kobis goreng sedia dihidang.

Info Ekstra!

  • Tepung suji berfungsi bagi ranggup dan tekstur timbul timbul kasar kasar sikit…macam popcorn

Baca Lagi Di Sini: Kerepek Labu Rangup Lemak Manis, Kena Jemur Sekejap Baru Goreng!

MW: Menariknya resipi bunga kobis rangup ni. Anak-anak yang tak suka makan sayur pun, mesti boleh suka bila mak-mak goreng macam ni. Nampak macam popcorn. Daripada bagi jajan yang tak sihat buat anak, lebih baik bagi sayur macam ni.

Sumber: Pari Malar Thoraisingam