Selain dimasak, rupanya sedap apabila kubis bunga digoreng dan diadun dengan beberapa jenis tepung dan rempah. Tekniknya yang mudah juga memudahkan mak-mak menghidangkan kubis bunga krup krap untuk anak-anak yang tidak gemarkan sayur.

Ikuti perkongsian, Pari Malar Thoraisingam 

Resipi kubis bunga goreng krup krup. Boleh sediakan untuk makan bersama nasi atau dijadikan “jajan” untuk anak-anak nikmati di waktu petang.

Bahan-bahan:
1 jambak kobis bunga
Sedikit serbuk cili
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk ketumbar
8 sudu tepung jagung
6 sudu tepung beras
2 sudu tepung suji
Garam dan gula secukupnya
Serbuk perasa jika suka
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara membuat:
1. Potong kubis bunga mengikut kesukaan anda, bersih dan toskan.
2. Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk ketumbar. Gaul rata.

3. Tambahkan tepung jagung dan tepung beras. Renjiskan air sedikit demi sedikit.

4. Kemudian barulah ditambah tepung suji, gaul rata.


5. Panaskan minyak, goreng sehingga garing. Siap.

Sumber: Pari Malar Thoraisingam

MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi idea kepada mak-mak yang tengah mencari idea minum petang bersama anak-anak. Anak-anak pasti suka. Jika mahu makan bersama nasi pun tak menjadi masalah, paling penting rasanya memang sedap.