Sedapnya cuaca panas-panas minum air Lai Chi Kang ni untuk sejukkan tekak. Bahan-bahan yang digunakan agak banyak namun minuman ini dikatakan mempunyai banyak khasiat tersendiri. Bagus untuk kesihatan serta boleh meredakan panas dalam badan.

Jika mak-mak nak buat sendiri boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Wan Ashikin Endut ini. Mesti puas hati!

Berikut perkongsian resipi tersebut;

“Penyejuk tekak ..Lai Chi Kang.Buat sendiri baru puas hati. Boleh letak macam-macam”

Bahan-Bahan:

Biji selasih (rendam)
Buah kembang semangkuk (rendam dengan air panas )
Barli (rebus)
Fungus putih (rebus)
Buah kurma merah (rebus letak gula / gula batu dan daun pandan )
Buah longan kering (rendam dengan air panas)
Cincau
Kacang tanah panggang
Kismis
Buah kabung
Biji Sagu
Buah laici (dalam tin)
Halwa kundur
Buah pala (kering) tapi saya tak letak sebab anak-anak tak suka buah pala
Agar-agar kosong ( merah / hijau ) tapi hari ni tak sempat buat
Ais

Cara Membuat:

1. Rebus buah kurma merah letak gula / gula batu dan daun pandan.

2. Lepas tu campur dengan air buah laici tadi.
3. Kemudian campurlah dengan semua bahan tadi.

Siap!
Dan boleh makan!!

Info Ekstra!

  • Bahan-bahan boleh dibeli di pasaraya besar dan kedai ubatan cina (sensei)

Baca Lagi Di Sini: Pati Air Fanta Hijau Sedap, Tinggal Tambah Air Letak Ais, Siap!

MW: Sedapnya minum air lai chi kang ni, waktu musim panas. Penyejuk tekak malah banyak pula khasiatnya. Jom buat sendiri di rumah!

Sumber: Wan Ashikin Endut