Tak dinafikan group Whatapps kelas anak-anak dibuat semata-mata untuk memberikan kemudahan kepada pelajar dan guru di samping mak, ayah. Tetapi apabila adanya group Whatapps yang pada mula dibuat untuk kebaikan bersama akhirnya berubah kerana mula memeningkan kepala guru.

Bayangkan guru bukan hanya mengawasi anak anda sahaja, padahal banyak lagi tugasan lain yang perlu guru lakukan. Mereka juga ada keluarga, balik rumah sudah tentu perhatian lebih terarah kepada tugas di rumah dan bukannya menjawab setiap pertanyaan mak, ayah.

Mak, ayah seorang yang bagaimana dalam group Whatapps kelas anak? Adakah sekadar menjadi silent reader atau sebaliknya.

Ikuti perkongsian Auni Farhana

Belum 7 hari sekolah tapi aku rasa nak gila dah dengan group sekolah anak aku.
Tolong la mak bapak jangan buat macam ini:

1) Cikgu tu seorang, ada 32 budak dia nak tengok. Gila apa dia nak belek satu satu aksesori anak kau cukup or tak dalam beg setiap hari sebelum balik.
Kalau tak cukup, kau patut salahkan anak sendiri kenapa tak jaga barang, bukan suruh mak bapak lain geledah beg demi anak kau.
Barang hilang tu normal, sebab tu masuk sekolah tak boleh beli barang mahal kat anak kalau kita hati jenis tisu, barang hilang nak marah. Please lah.
Jaga barang tu adalah proses anak belajar untuk lebih tanggungjawab dengan barang peribadi.

Minta Maaflah
2) Tercakar, terluka, tertolak, tergolek sebab kawan buat, dan kawan SUDAH minta maaf, ajar anak untuk memaafkan.
Bukan mak bapak masuk sekali.
Anak kita pun bukan BAIK sangat, kalau dia buat orang atau dia mulakan dulu, mana kita tahu.

Kawan dah minta maaf sebab bersalah untuk kali pertama, tak payah nak panjang-panjangkan.
Kalau kes tu berulang 3kali, tak perlu membebel dalam group, pergi sekolah, jumpa cikgu dan minta budak yang buat tu ada sekali depan cikgu. Haa.. Bincang depan-depan. Pastu nak tomoi ke apa, lantak korang.

Tak Perlu Nasihat
3) Bila ada mak bapak update anak tak hadir sekolah, DIA NAK BERITAHU Cikgu sahaja.
Mak bapak yang lain, tak payah nak bagi nasihat, tak payah nak wish bagai, sebab bila sorang start, yang lain ikut meleret-leret, sampai 10 kali scroll pun tak habis nak baca wish, nasihat korang.
Mak bapak lain pun bukan bodoh sangat, dan dia tak mintak advise kau.
Nak wish, nak nasihat, pergi PM personal,
Bila korang meleret-leret dalam tu, message mak budak yang tak hadir pun hanyut ke atas, kalau cikgu tak perasan mesej tu, maklumat tak sampai!

Nak doakan pun tak perlu tulis, doa urusan dia di mudahkan dalam hati. Bukankah DOA senyap-senyap tu lebih baik?

Motivasi Berpada
4) Bersyukur tu bagus, tapi tolong la jangan jadikan group sekolah anak macam group motivasi. Aku dah letih woi. Ingat urgent apa la update dekat dalam tu, tapi banyak bazir masa di situ.

Marahkan Anak
5) kalau anak hilang duit sebab kecuaian peribadi, marah anak! Bukan suruh cikgu cari satu sekolah sebab duit anak kau hilang.
Anak tak mati pun kalau duit hilang sebab cuai dan tak dapat makan. Kalau anak aku, pertama sekali aku akan cakap, PADAN MUKA, kenapa tak jaga duit sendiri baik-baik. Lapar? Itulah akibatnya bila tak bertanggungjawab.
Anak tidak akan mati bila tak dapat makan waktu rehat. Tapi otak dia akan ingat sampai mati akibat kecuaian sendiri. Itu namanya belajar
Itulah namanya sekolah kehidupan.

Last sekali,
Tolong guna otak cerdik,
Jangan paksa cikgu reply hujung minggu, waktu malam, cikgu tu bukan dapat OT pun layan korang di luar waktu

If takut lupa, nak tulis juga, tulis la baik-baik. Minta maaf sebab ganggu luar waktu kerja.
Jangan suruh cikgu reply segera demi kepentingan peribadi korang.
Kalau dia reply di luar waktu itu bersyukurlah.

Cukuplah setakat itu,
Aku letih tak habis lagi
Mana nak kejar sekolah anak
Mana nak kejar appoitment dengan client.

First time anak mak darjah 1.

MW: Oleh itu mak, ayah sebaik-baiknya gunakan peluang ini dengan baik jika guru kelas anda wujudkan group Whatapps kerana tidak semua guru sanggup nak hadap satu demi satu pertanyaan mak, ayah.

Sumber: Auni Farhana