Pada masa kini cakap sahaja apa yang nak dimakan semua boleh beli secara atas talian dan boleh didapati secara mudah dan cepat yang penting anda hanya perlu menyediakan wang yang cukup sahaja untuk membeli.

Dalam tempoh 20 tahun ini, pembangunan ekonomi yang pesat membawa perubahan dalam gaya hidup rakyat Malaysia terutamanya gaya pemakanan. Seperti contoh, pengambilan makanan berlemak secara berlebihan, makanan berminyak dan karbohidrat. Ini sekaligus menyumbang Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat paling gemuk di Asia Tenggara dan jatuh ke tangga keenam di rantau Asia Pasifik.

Bayangkan kalau Malaysia juga digelar sebagai syurga makanan bagi mereka yang gemarkan makanan yang pelbagai. Bukan itu sahaja Malaysia juga antara 17 negara di dunia yang penduduknya menghidap penyakit kencing manis.

Untuk memastikan anda bukan dikalangan mereka yang menghidap penyakit kronik dan mengalami masalah berat badan secara berlebihan anda mungkin boleh ikuti 3 Ciri Pemakanan sihat ini:

  1. Pelbagai
  2. Sederhana
  3. Seimbang

Pelbagai

Makanan yang pelbagai sangat penting dalam memenuhi keperluan yang diperlukan oleh badan kita. Cuba pelbagaikan makanan anda, tetapi perlukan makanan yang dipilih adalah sihat dan sesuai dengan kehendak dan keperluan anda. Contohnya, hari selasa anda makan salad dan mungkin hari rabu anda boleh makan dada ayam panggang dan seterusnya dengan pelbagaikan menu anda.

Sederhana 

Bersederhanalah ketika makan dan makanlah mengikut sukatan yang ditetapkan dan janganlah mengambil makanan berlemak dan berminyak terlalu kerap dengan kuantiti yang banyak kerana ini bakal memudaratkan kesihatan anda sekaligus ia dapat mendedahkan anda dengan penyakit kronik selain menambahkan berat badan anda.

Seimbang

Apa pun makanan yang anda ambil pasti ianya diperlukan oleh badan anda dan seimbangkan pemakanan anda dengan sebaik mungkin. Ini membantu untuk anda menjaga kesihatan dan sekaligus mengawal pemakanan anda.

Ikuti kupasan selanjutnya di siaran ulangan Mingguan Wanita talkshow hari ini 10 September 2019 dalam topik “Makanan Sihat: Baik Buat Sendiri” hanya di Astro Prima 105 & Astro Prima Hd 121 , jam 5.00 petang.