Sumber / Sumber Foto: Facebook https://www.facebook.com/dzuriasikim.dzulkefli

Pemilik nama Dzuriasikim Dzulkifli, juga pengasas produk K’ Hermosa dan minuman herba Puteri Saadong tertarik berbicara mengenai isu langsing dan sihat yang kini sedang diperkatakan di laman sosial.

Wanita yang ceria dan mudah tersenyum ini juga akui wanita sememangnya menyimpan hasrat untuk memiliki tubuh yang kurus dan menawan.

 

Dzuriasikim Akui Menjadi Langsing & Sihat Impian Setiap Wanita

Menerusi akaun Facebook Dzuriasikim Dzulkifli, wanita ini terpanggil untuk memberi pandangannya dari sudut positif tentang isu penampilan terkini seorang menteri wanita yang menjadi topik hangat warganet.

“Bagi saya, memang teruja habis! Saya adalah manusia yang suka memandang sudut positif untuk setiap perkara. Menjadi langsing dan sihat adalah salah satu impian yang tak pernah padam untuk semua wanita!

“Jika kita benar-benar mahu, kita pasti boleh. Tetapi semua perkara perlu dilakukan dengan kesungguhan, keikhlasan, disiplin, dedikasi, komitmen, doa dan apa sahaja. Tidak mudah tetapi boleh.

Bersenam Awal Pagi Bukan Perkara Mudah

“Hendak keluar bersenam awal pagi pun bukan mudah. Melainkan jika benar-benar mahu. Orang lain sedang enak tidur, kita terus turun dari rumah selepas Subuh.

“Jika kita seorang ibu pula, perlu masak makanan yang sedap-sedap untuk keluarga dan kita sendiri hanya makan pada kadar yang perlu sahaja.

IKLAN

“Tidak boleh makan lewat malam. Tidak boleh ambil gula berlebihan. Tidak boleh makan makanan berminyak. Harus rajin bersenam. Tidak minum air manis. Banyak perkara. Tidak ada shortcut jika hendak berjaya baik dari segi menjaga kulit wajah, kesihatan badan dan berat badan. Kita adalah apa yang kita makan dan amalkan,” tulis Dzuriasikim.

Baca Disini Juga:

Bila Terlalu Rindu, Anak Ini Cuma Dapat Peluk, Cium Batu Nisan Arwah Ibu

Anak POSITIF Covid-19, Ibu Tunggal Ini Sanggup Ambil RISIKO Temankan Anak Hingga SEMBUH

Tujuh Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Sabrina Ali Bernikah “Semoga Rumah Tangga Kekal Ke Akhir Hayat”  

IKLAN

Elakkan Minda Negatif

Sambungnya lagi, “Jika kita lihat kejayaan orang seperti penampilan menteri wanita itu, kemudian kita ketawakan dengan tulisan yang tidak baik. Dapat pula sokongan orang yang sependapat dengan kita (dengan cemuhan yang tidak baik juga)… Itu menjadikan kita secara tidak sengaja membentuk “tribes” yang mempunyai minda negatif. Saling menyokong, tetapi merugikan.

Selalu Ajak Wanita Untuk Sayangi Diri

“Saya selalu mengajak wanita untuk sayangi diri. Sayangi diri itu adalah dengan menghargai diri dengan menjaga apa sahaja anugerah Tuhan kepada kita dengan sebaik mungkin.

“Jangan kerana kecewa atau frust kita duduk di hadapan TV dan makan sebanyak mungkin. Jangan kerana putus cinta atau kegagalan dalam rumahtangga kita menangis berbulan hingga tak buat kerja. Nangis sekejap sahaja… Itu biasa. Jangan kerana rasa tidak dihargai kita hendak merosakkan diri supaya orang jadi simpati.

IKLAN

No, it doesn’t work that way!

“Kutip balik hati yang berkecai tu…”. Be the best that you can be… The best version of you. Jika dulu berisi, jaga pemakanan dan turunkan berat badan. Bukan untuk cantik, tapi untuk kesihatan. Jika dulu tidak sempat melanjutkan pelajaran, sekarang sambung study. Jika dulu tidak reti menjaga diri, sekarang jadi seorang yang lebih menghargai diri. Kita kena hargai diri kita dahulu, barulah nanti orang akan menghargai kita.

Bukan Sebab Mahukan Pujian

“Lagi satu, buat semuanya untuk diri… Buat bukan kerana kita mahukan pujian dari orang atau kerana hendak bersaing dengan orang. Atau kerana mahu membalas dendam kepada orang yang kecewakan kita. Buat apapun biarlah ikhlas. Barulah kita tidak lelah.

“Nah, saya guna gambar saya sendiri. Ketika berisi dulu. Ketika saya terlupa dengan istilah sayangi diri dan lebih menyayangi orang lain. Apa-apa, saya utamakan orang lain, jaga hati orang sehingga tidak jaga hati sendiri. Meninggalkan kerjaya demi untuk membahagiakan orang lain…

“Gambar baru adalah gambar saya terkini. Saya berasa lebih ceria dan sihat juga lebih berkeyakinan. Kita usaha berserta doa. InsyaAllah dengan izin Tuhan. Sayangi diri,” akhiri Dzuriasikim.

Sumber / Sumber Foto: Facebook https://www.facebook.com/dzuriasikim.dzulkefli
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita