Sumber / Sumber Foto: Instagram Bella Dally

Sebelum ini heboh diperkatakan mengenai seorang pelakon wanita bersama seorang rakan ditahan kerana dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila melakukan aktiviti berbasikal dengan merentas negeri.

Ketika itu Bella Dally, 29, bersama rakannya dikatakan melakukan aktiviti berbasikal merentasi sempadan di Jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah sehingga dikecam teruk netizen sebelum dipanggil pihak polis untuk siasatan.

Semalam pelakon ini telah tampil membuat perjelasan selepas timbul kekeliruan berhubung tindakannya yang dikatakan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan merentas sempadan negeri pada Ahad lalu.

Bella gemar aktiviti berbasikal.

Artikel berkaitan: Siti Nurhaliza Mula-Mula Pun Kayuh Basikal ‘Basic’, Tak Perlu Basikal Mahalpun

Nak Berbasikal Hingga Hujung Dunia Pun Takde Masalah, Asalkan Syariat Terjaga

Telah Selesai Memberi Keterangan

Bella menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagramnya semalam, menjelaskan, dia tidak merentasi sempadan seperti mana ditularkan.

IKLAN
Kenyataan media yang dikongsi di akaun Instagram Bella Dally.

“Saya mengambil maklum laporan media termasuk yang tular di media sosial berkaitan dakwaan saya mengingkari PKPB yang sedang berkuat kuasa di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ketika ini.

“Untuk makluman, saya telah selesai memberi keterangan dan akan memberi kerjasama penuh kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

“Apa yang berlaku pada 18 Oktober lalu (Ahad), saya dan seorang rakan melakukan aktiviti riadah berbasikal di sekitar daerah Gombak, berhampiran Hutan Lipur Sungai Tua yang berdekatan dengan sempadan antara negeri Selangor dan Pahang.

“Satu gambar telah dimuat naik ke Instagram saya dengan kapsyen ‘Woohoo Genting Sempah with…” dan ia telah menimbulkan kekeliruan sehingga ada yang mendakwa saya telah merentasi antara dua negeri dan melanggar PKPB,” katanya.

Mohon Maaf Sekali Lagi

Menurut pelakon ini lagi, dia dan rakannya masih berada dalam negeri Selangor dan tidak merentasi sempadan antara dua negeri.

“Jika saya berada di sempadan negeri, sudah tentu ada papan tanda sempadan antara Selangor dan Pahang untuk rujukan.

“Apa pun saya mengambi iktibar atas apa yang berlaku dan memohon maaf atas kekeliruan yang timbul ekoran hantaran di Instagram saya tempohari.

“Ini sahaja kenyataan saya untuk merungkai kekeliruan yang berlaku dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melangkapkan siasatan,

“Saya memohon maaf sekali lagi dan bersama-sama dengan semua dalam usaha kita memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” ujarnya yang turut mendoakan agar semua berada dalam keadaan selamat.

Momen aktiviti berbasikal bersama rakan-rakan.

Sumber / Sumber Foto: Instagram belladally
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/