Sumber/Sumber Foto: Instagram Ardell Aryana & Nadzmi Adhwa

Semakin hari semakin ramai selebriti tanahair yang menyumbang kepada golongan yang kurang berkemampuan. Apatah lagi tatkala dunia dan negara terkesan dengan pandemik Covid-19. Salah seorang selebriti yang aktif dalam misi kemanusiaan, Ardell Aryana turut terlibat dalam membantu dengan membina rumah asnaf.

Mulianya Hati Selebriti Wanita Ini, Ardell Berjaya Kumpul Dana RM22,000 Bina Rumah Asnaf

Cantiknya Nama Anak Perempuan Ardell Dan Nadzmi, ‘Arwa Malaikha Urwa’

Rumah Asnaf, Ardell Terharu

Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Stories. isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa ini meluahkan rasa syukur apabila dia dan pengikutnya berjaya mengumpul dana untuk membina sebuah rumah baru untuk keluarga asnaf.

“Bismillah… hari ini saya turun ke tempat pak cik ni dengan kontraktor, saya akan bincang untuk buat design yang cantik dan ikut bajet RM22k, alhamdulillah kita dapat sama-sama bina rumah baru untuk keluarga pakcik ni.

“Insya Allah bulan ni siap rumah buat pakcik tak besar tapi selesa untuk keluarga pakcik ni. Dalam satu rumah ada satu tandas, satu bilik tidur & ruang tamu. Syukur Allah. Permudahkan urusan kami.”

“Untuk followers saya, ini adalah saham akhirat kita bersama, selagi mana keluarga asnaf ini menggunakan untuk berteduh, dan menggunakan dari setiap sudut rumah ini insyaAllah pahala buat kalian”.

“Moga Syurga Buat Kalian”

Meskipun jumlah itu tidak besar namun warga tua yang menerima bantuan itu menangis kerana terkejut dengan sumbangan berkenaan.

“Terima kasih semua pengikut saya yang sudi bersama kumpul bina rumah batu untuk keluarga ini. Walaupun rumah kos rendah tapi InsyaAllah cukup selesa buat keluarga ini. Moga syurga buat kalian. Ini saham akhirat kita bersama.”

Sertai Misi Bantuan Di Sabah

Terbaru menerusi perkongsian di Instagram akaun suaminya, Nadzmi begitu berat untuk melepaskan pemergian isteri yang juga ibu kepada anak mereka Urwa terbang ke negeri Sabah untuk melaksanakan misi bantuan kemanusiaan.

Menerusi perkongsian di Instagram tersebut, Nadzmi turut memuat naik video di mana Ardell mengucapkan selamat tinggal kepada anak dan suami sebelum berangkat ke Sabah.

MW: Begitulah aktifnya Ardell di dalam pertolongan misi kemanusiaan. Semoga segala kebaikan yang dilakukan dibalas dengan ganjaran dan rahmat dari Allah SWT.

Sumber/Sumber Foto: Instagram Ardell Aryana & Nadzmi Adhwa 

Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/