Bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi pastinya akan mengundang nostalgia dan menggamit memori. Apatah lagi terkenangkan menu berbuka puasa yang sedap-sedap sering dihidangkan oleh mak-mak kita. Sementelah, rentas negeri juga masih tidak dibenarkan, hanya mampu memendam rasa untuk menikmati hidangan buka puasa enak bersama keluarga di kampung.

Namun jangan kecewa, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur (BTHKL) kembali ke zaman 60-an di mana para pengunjung dapat menikmati lagu-lagu artis popular tahun 60-an sambil menikmati masakan Melayu kegemaran mereka untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang. Ramadan jatuh pada bulan April dan Mei tahun ini, pihak hotel menawarkan pelbagai jenis hidangan yang pastinya dapat memenuhi selera segenap lapisan masyarakat. Sekaligus mengubat rindu berbuka puasa dengan masakan kampung!

Pengurus Hotel BTHKL, Pn. May Cheong berkata, “Walaupun sambutan Ramadan tahun ini sedikit berbeza dari yang dulu, kita masih dapat meraikannya dengan bersederhana, namun meriah sesuai dengan norma baru. Tahun ini, kami mempunyai pelbagai promosi untuk ditawarkan kepada semua”.

BUFFET BUKA PUASA 2021 – TEMA 60-AN @ JUNIOR MANHATTAN

Istimewanya, stesen masakan secara langsung serta pelbagai masakan Melayu yang pastinya menyelerakan dengan hidangan utama bufetnya ialah Kambing Perap disajikan bersama Biriyani dan juga hidangan istimewa lain termasuk: Kari Kepala Ikan Istimewa “Kedah”, Sup Power, Satay Bakar, Sambal Udang Galah, Asam Pedas Ekor Sapi, Ayam Percik Putih, Daging Gulai Kampung, Dalcha Kambing Dengan Sayuran, Nasi Tomato dan untuk penutup, Aneka Kuih Melayu dan pelbagai jenis Kuih Raya.

Buffet Buka Puasa bertemakana 60-an ini akan diadakan bermula 16 April hingga 10 Mei 2021 dari 7:00 malam hingga 9.30 malam di Junior Manhattan, Level 14 Barat.

Rebut promosi jimat lebih banyak dengan mendapatkan baucar “Early Bird” sekarang dengan harga hanya RM68.00 bersih untuk dewasa dan RM34.00 bersih untuk kanak-kanak dari 17 Mac hingga 12 April 2021 ini.

Ini kerana mulai 13 April 2021, harga untuk orang dewasa adalah RM98.00 bersih sementara harga untuk kanak-kanak (berumur 4-12 tahun) adalah RM58.00 bersih. Namun demikian, menariknya pembelian baucar untuk 6 orang ke atas pada harga biasa layak untuk mendapat sebuah bilik rehat dari (6:30pm – 9:00pm).

Jangan bimbang, sesuai dengan SOP baru, jarak sosial meja dan jumlah tetamu di meja telah dirancang secara sistematik dan stesen sanitasi tangan berada di sekitar dewan. Di samping SOP wajib yang dikenakan iaitu mengimbas aplikasi MySejahtera dan pemeriksaan suhu semasa ketibaan, protokol hotel juga mewajibkan staf hotel memakai topeng muka dan sarung tangan pada setiap di samping dewan ini dibersihkan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan. Ruangan Solat yang kerap dibersihkan juga disediakan untuk kemudahan anda.

IFTAR WITH A TWIST @ BERJAYA CAFÉ

IKLAN

Bukan itu sahaja, bagi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang unik untuk juadah buka puasa, Berjaya Café, restoran yang menyajikan makanan berasaskan tumbuhan yang popular di BTHKL menawarkan promosi Iftar with a Twist. Hidangan vegetarian khas untuk 3 orang termasuk Set Nasi Lemak dan sate yang unik akan benar-benar memberikan pengalaman buka puasa yang tidak dapat dilupakan.

Harga bermula pada RM168.00 bersih untuk Set Nasi Lemak dan RM218.00 bersih untuk Set Nasi Biryani, untuk 3 orang dan boleh juga dinikmati antara 16 April – 10 Mei 2021, 7:00 – 9:30 malam @ Berjaya Café, Level 14 Barat nanti.

FAMILY FEAST BUKA PUASA SPECIAL

Malah lebih menarik, sekiranya ingin berbuka puasa di rumah sendiri, tetapi masih mahukan pelbagai jenis hidangan, (BTHKL) juga mempunyai Family Feast Buka Puasa Special yang sesuai untuk 5 orang. Dengan harga RM388.00 bersih, keluarga dapat menikmati hidangan lazat termasuk Ayam Masak Ros, Daging Gulai Kampung, Tenggiri Masak Berlada, Labu Masak Lemak Cili Padi dan Nasi Tomato dan Nasi Putih dengan pelbagai jenis kuih raya, kuih Melayu dan Kek Gula Hangus boleh dihantar secara PERCUMA jika berada sekitar 20km dari BTHKL.

IKLAN

Pesanan boleh dibuat antara 13 April – 12 Mei 2021 dari 3.00 petang – 6.00 petang dengan memilih untuk membuat pesanan melalui Perkhidmatan Pemesanan Makanan Tanpa Kontak melalui https://berjaya.revahospitality.app/dining

GERAI PANDU LALU DAN SERVIS PENGHANTARAN BUKA PUASA

Bukan itu sahaja, bagi pelanggan yang mencari cara yang lebih mudah untuk menikmati juadah berbuka puasa dari BTHKL, boleh memilih Gerai Pandu Lalu Buka Puasal kami yang menawarkan Nasi Biriyani dengan pilihan Ayam atau Kambing serta Thai Beef Noodle Soup dan Thai Kway Teow dengan harga bermula dari RM11.00 bersih termasuk sebotol air mineral.

IKLAN

Gerai Pandu Lalu ini terletak di kawasan perhentian bas hanya beberapa langkah dari air pancut berhampiran pintu masuk hotel. Tidak dapat mengambil pesanan? Terdapat juga pilihan untuk memesan makanan dengan penghantaran percuma dalam jarak 10km dari BTHKL. Pesanan boleh dibuat melalui https://berjaya.revahospitality.app/dining

Berkunjunglah ke Bazaar Ramadan @ Foyer, Tingkat 14, Sayap Barat, terletak di sepanjang laluan menuju ke dewan Junior Manhattan untuk buka puasa. Boleh singgah ke barisan gerai yang menjual pelbagai pilihan barangan buatan tangan, pakaian dan banyak lagi untuk melengkapi bulan puasa nanti.

Peluang perniagaan ini diwujudkan untuk memberi platform kepada orang ramai untuk menjana pendapatan tambahan sepanjang bulan Ramadan ini pada harga RM1,250.00 untuk 25 hari, 5:00 petang – 9:30 malam , bermula 16 April hingga 10 Mei 2021.

Jadi jangan berlengah lagi, cepat rebut peluang menarik “early bird” yang pastinya lebih banyak jimat.Jadikan BTHKL sebagai sebahagian dari pengalaman buka puasa tahun ini dan ambil kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama keluarga dan yang tersayang dengan pelbagai pakej promosi yang ditawarkan.

Untuk membuat tempahan boleh klik di sini dan sebarang pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi 018-960 6888 atau e-mel ke bth.sales2@berjayahotel.com

*Julat Umur untuk Kelayakan: Kanak-kanak (4 – 11 tahun), Warga Emas (+60 tahun)