Patutlah Ramai Cari, Skincare Koolit Berkesan Rawat 5 Masalah Kulitz

Awal tahun ini, Koolit melancarkan rangkaian produk penjagaan kulit sensitif secara semulajadi pertama di pasaran. Kini, rakyat Malaysia boleh mendapatkan produk rawat masalah kulit dengan kandungan premium pada harga berpatutan.

Ramai yang sudah mencuba produk yang diperkaya dengan ekstrak Akar Manis dan Vitamin E semulajadi ini. Malah, MW telah mendapati banyak perkongsian positif berkaitan produk Koolit  dan kebaikannya pada kulit mereka. Produk Koolit ternyata berkesan secara semulajadi mengurangkan kekeringan, kegatalan dan mencerahkan pigmentasi kulit tanpa bahan kimia berbahaya.

Ramai juga yang mengakui, krim dan losyen Koolit cepat menyerap ke dalam kulit, tidak melekit apatah lagi berminyak, sekaligus menyelesaikan masalah rakyat Malaysia yang rata-ratanya tidak gemar menggunakan losyen yang melekit.

Di sini MW senaraikan 5 masalah kulit yang boleh diatasi dengan penggunaan rangkaian produk Koolit. Penulis MW juga sudah mencubanya dan yakin akan keberkesanan produk Koolit dalam membantu menyelesaikan masalah kulit anda.

Masalah Kulit Kering

Koolit Calming Cream dan Koolit Soothing Lotion amat berkesan mengembalikan kelembapan kulit yang menegang, menghalang kulit kering dan dehidrasi kulit.

Tambahan pula, tekstur kedua-dua produk ini sangat ringan dan mampu meresap ke dalam kulit dalam tempoh 10 saat sahaja. Penulis MW sendiri sudah mencubanya dan kagum dengan keberkesanan daya serapannya pada kulit.

Benar, ia tak meninggalkan kesan melekit selepas penggunaan. Sekelip mata, kulit terasa lembap.

Koolit Calming Cream dan Koolit Soothing Lotion mengandungi ekstrak Akar Manis, Vitamin E semulajadi (Patutlah warna losyen dan krimnya kekuningan) yang menjadikan lapisan pelindung kulit lebih utuh.

Kandungan minyak Jojoba dalam Koolit Soothing Lotion pula berkesan memulihkan dan memperbaiki kulit rosak. Bagi yang mempunyai masalah kulit kering, terutama jika kerap berada dalam bilik berpenghawa dingin, inilah produk terbaik untuk anda.

Masalah Kulit Merekah Dan Menggelupas

Kulit yang terlalu kering akan menjadi semakin teruk apabila ianya mulai merekah atau mengelupas.  Anda jadi tak selesa malah malu untuk berdepan dengan orang ramai disebabkan masalah ini.

Masalah kulit kering  selalu terjadi pada  bahagian siku ataupun tumit kaki. Kulit jadi lebih sensitif, mula menegang dan merekah, malah berasa sakit dan pedih. Jika anda menghadapi  masalah ini, cuba sapukan Koolit Calming Cream pada bahagian kulit yang merekah itu.

Tekstur Koolit Calming Cream  lebih lembut dan ringan berbanding losyen, yakni  membantu melembapkan kembali kulit anda seterusnya mengurangkan masalah kulit kering atau terlalu kering.

Koolit Calming Cream ini juga mengandungi minyak Zaitun yang diketahui umum berkesan melembutkan kulit. Selain mujarab merawat masalah kulit kering, krim ini mengandungi 40x lebih antioksidan, secara semulajadi menangkis kesan radikal bebas.

IKLAN

Koolit Calming Cream merawat dari dalam kulit dan melindungi lapisan kulit daripada kerosakan.

Kulit Kemerahan Dan Kegatalan

Dengar saja perkataan ‘gatal’, anda sendiri dapat membayangkan betapa tidak selesanya keadaan itu. Rasa terganggu kerana asyik nak menggaru saja. Berdasarkan beberapa review pengguna, rangkaian produk Koolit berfungsi mengurangkan kegatalan dan mengatasi masalah iritasi kulit. Kandungan bahan aktif dalam ekstrak Akar Manis inilah rahsianya!

Kita mungkin tak biasa mendengar perkataan ‘Glycyrrhizin’, salah satu kandungan yang tertera pada pakej produk Koolit. Glycyrrhizin merupakan kunci utama kepada pelega kegatalan dan kemerah-merahan pada kulit.

Secara saintifik, ekstrak Akar Manis mempunyai kandungan anti-keradangan yang tinggi. Glycyrrhizin membantu mengurangkan kegatalan dan kemerah-merahan, sekaligus memberi keselesaan dan kelegaan kepada kulit.

Jika anda mempunyai masalah kulit kering dan telah mencuba pelbagai produk tetapi gagal, MW sarankan anda menggunakan Koolit Soothing Lotion atau Koolit Calming Cream.

Kehebatan ekstrak Akar Manis yang terkandung dalam produk Koolit pasti tidak menghampakan! Ternyata  pengeluar rangkaian produk Koolit ini tahu apa yang terbaik untuk penggunanya.

IKLAN

Masalah Kulit Rosak Akibat Sinar UV/ Tona Kulit Tak Sekata

Menerusi pembacaan, MW mendapati produk Koolit juga berkesan mencerahkan dan melindungi kulit, serta merawat kulit rosak akibat sinaran ultralembayung (UV).  Lihat gambar di atas. Masalah kulit terbakar akibat sinaran matahari dan hasil selepas penggunaan produk Koolit. Amat mengagumkan!

Penggunaan produk Koolit secara konsisten menjadikan tona kulit lebih sekata dan masalah kulit rosak kelihatan lebih baik. Rahsianya ialah bahan aktif ’Glabridin’ (yang terkandung dalam ekstrak Akar Manis) dan Vitamin E semulajadi.

Berdasarkan kajian, Glabridin  berupaya menghalang penghasilan melamin yang banyak, iaitu penyebab terjadinya jeragat atau pigmentasi. Bahan ini juga berfungsi mencerahkan kulit dan memperbaiki kerosakan akibat sinaran UV.

Memudarkan Parut Hitam

Kekerapan menggaru pada bahagian kulit yang sama boleh meninggalkan kesan hitam yang mencacatkan penampilan dan keyakinan diri. Kesan parut sebegini tentu buat anda susah hati kan? Kalau boleh tak mahu tunjuk pada suami atau sesiapa pun. Malu!

Vitamin E semulajadi dan ekstrak Akar Manis yang terkandung dalam produk Koolit berupaya mengurangkan dan memudarkan pigmentasi kulit yang bertanda hitam. Bila kulit dah cantik kembali bolehlah anda keluar rumah dengan lebih yakin dan selesa.

Sudah tentulah anda tidak dapat merawat kulit hanya dalam satu malam. Namun, berdasarkan  pengalaman penulis MW sendiri, dengan penggunaan rangkaian skincare Koolit secara konsisten, impian memiliki kulit yang cantik pasti boleh jadi kenyataan!

IKLAN

Penulis MW Sendiri Sudah Mencuba

Bagi menambahkan meyakinkan anda, penulis MW sendiri sudah mencuba. Dan ini perkongsiannya,

Masalah kulit kering dengan ibu hamil tak dapat dipisahkan. Tapi setelah gunakan Koolit, kulit saya terutama di bahagian tangan, siku dan lutut jadi semakin lembut dan lembap. Saya memang tak suka kan losyen berbau terlalu wangi. Jadi, losyen ini sangat sesuai dengan saya.” – Nur Syazwani Mehat, hamil 8 bulan.

 

Wahhh.. Mana Nak Beli Ni?

Banyak kan manfaat dan kelebihan produk Koolit? Patutlah makin ramai di luar sana yang berebut nak dapat dapatkan produk Koolit ini. Sampai ramailah yang dah ‘serang’ Watsons tu.

MW amat menyarankan penggunaan rangkaian produk Koolit lantaran keberkesanannya secara semula jadi dan selamat digunakan. Kandungan bahan-bahannya juga dipercayai dan berkesan, malah cukup lembut untuk kulit. Bayi pun sesuai gunakan tau.

Ramai juga yang bertanya, selamatkah gunakan produk Koolit pada muka? Jawapannya, ‘Ya’.  Produk Koolit sesuai digunakan dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Anda boleh dapatkan rangkaian produk Koolit di Watsons, Shopee dan Lazada malah Astro GoShop untuk belian borong. Dapatkan segera sebotol Koolit dan cubalah sendiri! Atau boleh saja hadiahkan pada   kenalan yang menghadapi masalah kulit kering, kegatalan dan iritasi. Tentu mereka sangat menghargai dan bersyukur dengan bantuan anda ini. Itulah tanda anda sayangkan mereka. #koolit.

Klik: WATSONS Shopee untuk belian Koolit secara online:

Koolit Calming Cream
Koolit Gentle Body Wash
Koolit Soothing Lotion
Koolit Starter Kit @ 50% promo bulan December

Pelanggan juga boleh nikmati belian Pek Permulaan Eksklusif Koolit sempena promosi 12.12 di Watsons.