Salam takziah Mingguan Wanita ucapkan buat Datuk Aaron Aziz atas pemergian ibunda tercinta, Allahyarham Juriana Jaafar.

Berita sedih itu dikongsikan oleh pelakon ini menerusi akaun di sosial medianya pada kira-kira jam 11 malam semalam.

Pemergian Ibunda Tercinta

Allahyarham ibunda Aaron meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Singapura.

Pemergian Ibunda Aaron Allahyarham Juriana Bt Jaafar

“Innalillahwainailaihirojiuun. Ya Allah ambillah pahala daripada ibadah umrahku dan selamatkanlah ibuku, Juriana Bt Jaafar dari seksa kubur dan api neraka.

“Saya Sayang Ibu Lebih Daripada Segala-Galanya Di Dunia Ini”

Pemergian Ibunda khabar sedih dari Aaron

“Ambillah segala kerja amalku untuk menemani ibu di Alam Barzakh. Tempatkanlah ibuku di antara hamba-hamba Mu yang akan menikmati Jannahtul Firdaus A’la.
“Allahummaghfirlaha warhamha wa’afihi wa’fuanha. Saya sayang ibu lebih daripada segala-galanya di dunia ini,” luahnya,

Artikel berkaitan:Pemergian Ibunda Tercinta Aaron “Ambillah Segala Kerja Amalku Untuk Menemani Ibu Di Alam Barzakh”

Kongsi Ziarahi Ibu Yang Kurang Sihat

Sebelum ini menerusi entri di Instagram, Aaron ada berkongsi mengenai dirinya yang kini menjalani kuarantin wajib tujuh hari selepas pulang ke Singapura bagi menziarahi ibunya yang kurang sihat dan ketika itu Aaron berharap arwah akan terus kuat.

Salam Takziah Dari Selebriti 

Sumber/ Sumber Foto: Facebook & Instagram Aaron Aziz
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/