Pengaruh Ayah Sangat Besar Pada Anak Perempuan TAPI Ramai Tak Sedar

Pengaruh ayah bukan ke atas anak lelaki saja, bahkan pada anak perempuan juga. Tak dinafikan,  besar peranan seorang ayah dalam mendidik anak-anak, sama seperti seorang mak.

Semua orang tahu bagaimana besarnya pengaruh ibu kepada anak-anak. Anda sendiri sebagai ibu tentu mahu menjadi ibu yang terbaik demi anak-anak.

Namun jauh di sudut hati kita dapat merasakan ada masa dan ketikanya hasrat itu bertembung dengan kemampuan diri sendiri. Ada jutaan sebab dan rahsia gelap dalam perjalanan hidup anda yang tidak ada orang lain tahu dan tidak pernah anda cerita kepada sesiapa pun sebelum ini.

Ada Jawapannya

Tiba-tiba sekarang anda membaca nota ini. Anda menarik nafas panjang dan barulah tahu kenapa anda tidak dapat menjadi isteri dan ibu terbaik sebagaimana yang diharapkan. Ya, memang kita tidak dapat memilih dalam keluarga mana kita mahu dilahirkan dan siapa yang menjadi ibu bapa kita dahulu.

Benarlah sabda Rasullullah s.a.w; “Anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang akan mencorakkannya”. Namun adakah anda  mahu meletakkan kegagalan menjadi isteri dan ibu terbaik itu kepada ibubapa anda dahulu?

Nak Yang Terbaik Untuk Anak

Tidak kira bagaimana corak dan gaya dibesarkan dahulu, anda pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Melihat semula ke dalam diri,  maka pasti tidak boleh dinafikan betapa besarnya pengaruh ayah sebagai lelaki pertama yang anda kenali.

Isu ini dipetik oleh Linda Nielsen iaitu Profesor Psikologi Remaja di Wake Forest University  iaitu pengarang buku Father-Daughter Relationships: Contemporary Research and Issues. Beliau menyatakan pengaruh ayah memberi kesan yang sangat memeranjatkan tetapi jarang dibincangkan ke atas anak perempuan.

Pengaruh Ayah Sangat Besar Pada Anak Perempuan TAPI Ramai Tak Sedar

IKLAN

Baca artikel lain di sini:

Kata-Kata Ibarat Doa, Bangunkan Karakter Peribadi Anak Melalui Seni Komunikasi

Ikuti kami di sini:

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

IKLAN

Ayah Hebat Lahirkan Anak Hebat

Anda bertuah kerana mempunyai ayah yang hebat dan itu menjadikan anda ibu yang terbaik untuk mendidik anak dara sendiri. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak mempunyai tuah seperti anda? Mereka dahulu dibesarkan oleh ayah yang gagal.

Bagaimana jika anak perempuan mereka nanti akan menjadi menantu anda? Adakah anda bersedia untuk memahami menantu perempuan anda itu? Nota kali ini ialah tentang memahami pengaruh ayah yang gagal kepada anak-anak perempuan mereka?

Cemburu Kerana Rendah Diri

Yang pertama sekali cemburu. Ini bukan cemburu sebab sayang tetapi lebih kepada rasa rendah diri yang kronik. Perempuan begini tidak percaya kepada lelaki tetapi dalam masa yang sama tetap memerlukannya.

Apabila ada lelaki yang suka kepadanya dia menjadi sangat cemburu. Pantang terlambat balik ke rumah terus disiasat bertalu-talu. Pantang terlewat membalas panggilan telefon terus marah-marah. Pantang terjeling perempuan lain terus histeria. Ini kerana dia merasa diri tidak cukup cantik dan sentiasa berfikir yang lelaki itu akan jatuh ke perempuan lain yang lebih baik.

IKLAN

Ada juga keadaan perempuana begini menolak untuk pergi lebih jauh kerana lelaki itu ‘terlalu baik’. Pelik bukan? Selama berkenalan lelaki itu melayan dirinya dengan sopan dan ikhlas untuk mengambilnya sebagai isteri.

Rasa Diri Tak Layak

Yang menariknya dia tidak menolak secara terus tetapi secara tidak sedar menimbulkan pelbagai isu, karenah dan perangai yang mencabar kesabaran. Dia menolak bukan kerana cemburu walaupun tahu ramai perempuan lain suka kepada temannya itu kerana lelaki itu memang jujur dan setia.

Nampak seperti menolak tuah, bukan? Apa yang sebenarnya berlaku ialah dia merasa kekurangan dan tidak layak untuk menerima layanan baik itu.

Faktor Keserupaan

Anak perempuan yang dibesarkan oleh ayah yang gagal juga secara tanpa sedar cenderung jatuh ke tangan lelaki yang serupa. Ini adalah disebabkan faktor keserupaan. Kecuali dengan campur tangan positif pihak lain, mereka tidak ada masalah menerima lelaki gagal sebagai suami.

Walaupun naluri sebagai perempuan tidak menyukai perkara itu tetapi oleh kerana mereka telah melalui pengalaman itu maka mereka menerima kehadiran lelaki gagal itu sebagai sesuatu yang biasa.

Seorang klien saya berumur sekitar pertengahan 30-an. Mula mendirikan rumah tangga tidak lama selepas tamat belajar di universiti. Telah berkahwin tiga kali. Yang menariknya kesemua bekas suami dia adalah lelaki tua yang berumur lebih 50 tahun. Dua orang suami terdahulu berpisah mati dan seorang lagi berpisah hidup.  Bersedia untuk berkahwin lagi kerana “…. perlukan kasih sayang yang dia tidak dapat daripada ayah yang selalu memukul ibunya dahulu”.

Sumber artikel: Syed Yusainee Yahya, Promind Training And Consultatio