Seronok bila kita buat kek menjadi! Gebu, lembap dan pastinya sedap. Tanpa kelengkapan peralatan ‘baking’ yang mencukupi pun tetap boleh buat kek. Tiada mesin pengadun (mixer) dan tiada ketuhar oven pun tak jadi masalah. Mak-mak boleh putar secara manual dan bakar dalam periuk je, kek tetap jadi, gebu sempurna.

Boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Ain Afiqah ini sebagai rujukan.

“Kita takde mixer, kita takde oven, kita takde loyang kek. Tapi minat, nak cuba jugak. Try buat marble butter cake. Kita putar manual je. Bakar pun guna kaedah periuk dalam periuk, sebab loyang untuk kek pun takde kan. Tapi tak sangka menjadi sangat, walau pun dibakar, tapi moist sangat”.

IKLAN

Bahan-Bahan:

250g butter
3/4 cawan gula
4 biji telur (saiz b)
1 sudu kecil esen vanilla
Setengah cawan susu cair/susu segar
2 cawan tepung gandum (Diayak)
Pewarna

Cara Membuat:

1. Pukul butter seketol (250g). Marjerin pun boleh bersama 3/4 cawan gula sampai agak ringan (untuk rasa kurang manis)..kalau anda jenis pemanis, boleh letakkan secawan.

2. Masukkan 4 biji telur (saiz b) satu demi satu. Pukul lagi bagi sebati.

3. Masukkan 1 sudu kecil esen vanilla

4. Tambahkan setengah cawan susu cair/susu segar yang dah dipanaskan (terus tuang perlahan-lahan sambil pukul bagi sebati.

IKLAN

5. Masukkan 2 cawan tepung gandum cap sauh yang dah diayak (sis tak ayak pun) sikit-sikit sampai habis bersama sesudu kecil soda bikarbonat.

6. Pukul bagi rata sahaja lepas tu kaup balikkan.

7. Bahagikan untuk beberapa bahagian dan warnakan.

8. Sapu seluruh permukaan loyang dengan butter atau marjerin. Alaskan dengan baking paper. Dan bolehlah mer marblekan nengikut kreativiti anda.Sis lapiskan 2 sudu di setiap lapisan.

9. Dah siap, hentakkan loyang sebelum masukkan ke dalam oven atau periuk pembakar anda.Pastikan sudah dipanaskan terlebih dahulu.Jangan lupa loreskan copstik jika ada untuk lakaran kat atas kek. Sis guna belakang sudu je.

Info Ekstra!

  • Sis tak tau brapa °c untuk ketuhar. Untuk periuk biasa,sis panaskan api paling kecik.
  • Dalam periuk hendaklah dialas dengan tungku besi baru letakkan loyang bagi mengelakkan dari hangus bahagian luar. Tak perlu letak air atau pasir.. takkan terbakar.
  • Bakar dalam 45-50 minit, nyalakan api paling kecil. Cucuk dengan lidi sekiranya permukaan lidi licin, dah boleh padamkan api,angkat loyang terus kluarkan kek.. balikkan je.. dia akan keluar terus seketol tanpa lekatan.

Cubalah resepi ni bagi yang takde de dan mixer macam saya. Saya halalkan semua diatas untuk perkongsian bersama.

Baca Lagi Di Sini: Resipi Kek Lumut Tahan Sehingga Sebulan, Lagi Lama Simpan Lagi Sedap!

MW: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang tiada kelengkapan ‘baking’ yang cukup, tiada oven, loyang mahupun mixer di rumah tu, bolehlah cuba buat kek dengan cara ini. Kek tetap menjadi!

Sumber: Ain Afiqah