bubur labu viral

Comel-comel sungguh ‘labu’ yang dibuat bubur ini.Sangat memerlukan kerajinan dan ketelitian yang tinggi. Ia merupakan air tangan daripada Puan Noor Ain Umairahariz Baba yang telah mendapat perkongsian lebih 15 ribu shares di page Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Menurut wanita ini, bubur labu viral ini bila di makan sejuk letak ais rasanya seperti cendol.Sesuai sangat buat mak-mak yang nak buat untuk hidangan minum petang.

Berikut perkongsian resipi yang disertakan sebagai panduan.

“Terjebak jugak buat bubur labu nie.Resipi saya follow ahli dalam group (MAHN) ni jugak.Terima kasih pada penyumbang resipi.Makan letak ais dah rasa macam makan cendol dah.Lebihan labu tu boleh jugak campur dalam bubur ni”

PUMPKIN BUA LOY @ BUBUR LABU

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan labu yang telah direbus dan dilecek
3 cawan tepung pulut (boleh campur sedikit tepung gandum daripadanya jika tak nak liat)
pewarna oren & hijau
2 cawan santan pekat
2 cawan air
*1 cawan gula @ ikut suka manis
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan – disimpul
sedikit sagu yang telah dimasak

*Saya letak 2 ketul gula melaka.Gula pasir kurangkan.

IKLAN

Cara Membuat:

1.Satukan labu dan tepung pulut. Gaul hingga jadi doh. Asingkan dalam 2 sudu besar & campur dengan pewarna hijau untuk dijadikan tangkai labu. Doh selebihnya campur dengan pewarna oren.


2.Ambik sedikit doh oren, gentel bulat. Tekan & gariskan dari atas ke bawah dengan pencungkil gigi untuk buat corak labu. Buat lubang di tengah-tengahnya. Kemudian, ambil doh hijau & gentel panjang. Cucuk pada lubang tadi & kemaskan. Buat sampai habis adunan.


3.Dalam periuk, didihkn air dan masukkan bebola labu. Bila ia dah timbul, angkat & toskan. Masukkan ke dalam air sejuk supaya ia tak melekat antara satu sama lain.

IKLAN


4.Masak santan bersama air, gula, garam & daun pandan. Bila dah hampir mendidih, masukkan bebola labu & sagu. Kacau rata.

Siap!

IKLAN

Jadi buat mak-mak bolehlah cuba kelaianan buat bubur labu yang sedang viral ni untuk minum petang nanti.Mesti anak-anak suka!

Sumber: Noor Ain Umairahariz Baba

Penyumbang Resipi Asal: Nor Fatihah