Selera tekak kita ni ada masanya nak lauk yang jenis berkuah dan adakalanya cukup dengan lauk yang simple, kering dan pedas macam ni. Mak-mak yang suka pedas dan sambal kering boleh cuba resipi Sambal Bilis Petai Kering Pedas Berapi yang dikongsikan oleh Puan Nurul Azwa Abu Bakar ini.

Cukup senang nak buat, ringkas, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Paling penting masak lauk ni sahaja makan dengan nasi panas pun dah cukup, memang mampu membuka selera!. Menurut wanita ini, sambal bilis kering ini merupakan antara makanan kegemaran suaminya yang berketurunan Minang serta sukakan lauk yang pedas-pedas.

“Saya belajar masak sambal ni dengan suami. Keluarga suami suka masak macam ni dan suami berketurunan Minang memang suka makanan pedas.Jadi dua kali seminggu mesti buat lauk ni”

“Sebenarnya, jika tak letak ikan bilis dan petai, boleh ditukar dengan ikan bilis dan kentang, udang dan petai,ikan bilis terung, jering, kerdas dan sebagainya mengikut citarasa”

Bahan-Bahan:

Ikan bilis 100gram
Petai 6 papan
Cili padi hijau rm2
Cili merah besar 4
Bawang merah 1 biji
Asam gelugur 1 keping
Sedikit garam dan gula
Minyak masak

Cara Memasak:

1. Petai dikikis kulit – potong serong. Ketepikan.
2. Kisar cili padi, cili besar dan bawang merah. Ketepikan.
3. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan tos.

4. Goreng petai hingga layu. Angkat dan tos.

5. Menggunakan minyak yang sama, tumis cili kisar, masukkan 1 keping asam gelugur.

6. Masak sambal hingga masak sepenuhnya..dari semasà ke semasa, tambah minyak jika kering kerana memerlukan minyak yang cukup untuk sambal betul-betul masak.

6. Perasakan dengan garam secukupnya.
7. Masukkan ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi, gaul sekata.

8. Siap untuk dihidangkan.

Baca Lagi Disini: Rupanya Bunga Kantan Boleh Dibuat Sambal! Sedap, Garing & Pedas

MW: Jadi mak-mak yang suka makan pedas dan suka lauk kering-kering boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Masak satu lauk pun dah cukup buka selera.

Sumber: Nurul Azwa Abu Bakar