Sesungguhnya dalam ikatan perkahwinan bukan sahaja kebahagiaan semata yang dicari sebaliknya keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Oleh itu, jangan merasakan bahawa rumah tangga yang harmoni, tiada pergaduhan sudah menentukan kejayaan sesebuah rumah tangga.

Sebaliknya selepas berkahwin, penentu rumah tangga berjaya adalah pasangan bertambah baik dalam beribadat dalam mengejar redha Allah.

Ikuti perkongsian Intan Dzulkefli ini dan hadam baik-baik iya:

Tugas Suami Selepas Berkahwin

Tugas terberat suami kita sebenarnya bukanlah perlu melunaskan semua yang kita teringin makan, dari murah sampailah mahal atau belikan barang kemas apa yang kita suka.

Tolong snapkan gambar bagi kita nampak kurus atau bayarkan item yang kita letak dalam cart shopee sampai beratus itu.

Melainkan untuk membawa isteri dan anak-anaknya masuk ke dalam syurga.

Hari Itu dengar tazkirah dalam ikim.fm, ramai suami isteri hari Ini dia fikir rumah tangganya tiada gaduh, kekal harmoni (tak bercerai) itu sudah dikira ‘berjaya’.

IKLAN

Walhal isteri belum tutup aurat, isteri biarkan suami cari rezeki dari sumber yang syubhah/haram, suami biarkan isteri pertontonkan aurat di depan bukan mahram, ibu bapa membiarkan anak-anak tidak solat, tak ajar baca Al-Quran (contoh).

Baca Juga Di sini: 

Hati-Hati Dengan ‘Perangkap DASIM’. Rumah Tangga Bahagia Boleh Jadi HANCUR

Nak Rumah Tangga Bahagia Sampai Ke Tua, Isteri Jangan Lakukan Perkara Ini!

IKLAN

Biasakan Baca Surah Yusuf Sebaik Solat Subuh, Ini Kunci Rumah Tangga Bahagia

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Rumah Tangga Yang Berjaya

Hakikat sebenarnya, rumah tangga yang berjaya ialah apabila suami isteri saling mengingati untuk mentaati perintah Tuhan.

Kita bertambah baik dalam beribadah apabila berkahwin dengannya. Kalau waktu bujang baca al-Quran pun merangkak, selepas berkahwin boleh membaca dan menghafaz al-Quran dengan baik.

IKLAN

Kalau sebelum berkahwin lalai beragama, selepas berkahwin semakin rancak ibadahnya. Masyallah.

Itulah pasangan yang rumah tangganya berkah meskipun hidupnya mungkin tidak gah. Hati saling tenang tatkala sesama sendiri dan saling menyokong ke jalan kebaikan. Insyallah.

Penentu Kejayaan Adalah Pasangan Bertambah Baik Dalam Beribadat

Ramai harini suami isteri lupa mengejar keberkatan dalam rumah tangganya kerana mereka belajar ilmu rumah tangga dari media sosial artis dan selebriti, bukannya menelusuri sirah dan sunnah Rasulullah SAW dan akhlak berumahtangga para ‘alim ulama’.

Lalai dengan duniawi. Ke majlis ilmu jauh sekali.
Allahuakbar.
Astaghfirullahal adzhim.
.
Hari yang mulia ini, mari ambil waktu sejenak, kita muhasabah ke mana arah tuju rumah tangga kita hari ini. Masihkah atas landasan syariat agama ataupun semakin menjauhi keredhaan-Nya?

Peringatan saya sebagai isteri juga, yang paling banyak terlalai. Sama-samalah kita suami isteri muhasabah kembali. Anak-anak memerhati. Mereka amanah yang amat berat.
.
#intandzulkefli
#selfreminder

MW: Semoga rumah tangga kita mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Insyallah.

Sumber: Intan Dzulkefli