Musim persekolahan bermula, banyak belanja yang mak ayah perlu keluarkan untuk anak-anak. Selagi mana boleh berjimat, usahakan agar boleh digunakan kembali tak perlu membazir, serba serbi nak beli baru. Salah satunya baju uniform sekolah anak-anak. Jika dinila dengan cara yang betul, baju putih tersebut akan nampak seakan baru. Malah nak lebih senang, mak-mak boleh nila je dalam mesin basuh, kesannya baju cantik warna putih kebiruan sekata dan tak bercapuk.

Jemput baca perkongsian Puan Syaiful Aini ini sebagai panduan cara menila baju sekolah anak.

Nak share tips senang nak NILA baju sekolah anak. Saya nila baju sekolah anak guna nila cair Ujala macam dalam gambar. Setakat ni masih setia dengan baju jenama ‘Canggih’ sebab sukakan material dia yang sejuk dan cotton seakan licin (mudah iron dan mudah hilang kotoran) dan saya bukan jenis beli baju baru tiap-tiap tahun, akan pakai selagi boleh pakai.

Caranya:

1. Rendam Baju Sekolah, Basuh Guna Mesin Basuh

Basuh baju bersih-bersih, kalau ada yang perlu rendam boleh rendam dulu. Saya rendam baju sekolah anak guna vanish + dynamo + air suam-suam panas. Kadang vanish tu tukar guna sabun champaca. Hasil dia lebih kurang je. Basuh dengan mesin macam biasa je, saya tak rajin nak sental-sental baju anak, semua jenis masuk je dalam mesin. Basuhan biasa saya guna dynamo. Kalau setakat kotoran biasa, tak perlu rendam. Just basuh macam biasa je, memang akan hilang kotoran tu.

2. Isikan Air Nila Dalam Mesin

Dah siap basuh, bilas hingga bersih macam biasa dan spin. Kosong kan ruang basuhan untuk diisikan air nila. Isi air ngam-ngam boleh putar hingga tenggelam baju je. Kalau baju canggih tak yah risau untuk terlebih nila sebab biru yang melekat kat baju tu akan maintain cun je macam dalam gambar. Kalau nila baju biasa yang licin tu kan hati-hati sikit, jangan terlebih letak nila sebab nanti akan jadi biru pekat.

3. Masukkan Baju, Pusing, Bilas Dan Spin

Lepas dah isi air dan nila, putar je mesin tu hingga sebati air dan nila. Baru masukkan baju putih sehelai-sehelai dan teruskan je pusing sampai abis. Kalau mesin saya dalam 15 minit juga pusing. Dah abis pusing terus buang air dan bilas sehelai-sehelai dan masuk semula tempat spin. Spin macam biasa dan jemur hingga kering. Siap dah baju sekolah yang bernila. Insya Allah takkan ada nila yang bercapuk kat baju.

Gambar A tu baju abang yang lama dan baju adik yang baru. Baju 2019 tu dah pulun pakai setahun dah. Untuk abang tahun ni tak beli baju baru dah, guna baju lama je semua. Bila compare baju lama dan baju baru, tak jauh beza pun rupanya. Masih nampak seakan baru.

Gambar B tu baju baru dengan baju yang pakai 2 tahun dah. 2018 masa abang mula-mula masuk darjah 1. 2020 bagi baju tu ke adik. Ni gambar sebelum iron. Kain dan warna masih elok lagi walau dah pakai 2 tahun. Pelaburan berbaloi lah sebab tak perlu nak beli yang baru tiap-tiap tahun. Tapi kalau jenis anak cepat membesar, tak dan setengah tahun dah ketat tu kan lah kerap beli yang baru.

Sekian sahaja tips yang paling senang untuk menila baju tanpa risau baju bercapuk.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika baju sekolah anak masih elok, tak salah gunakan kembali dan tak perlu membazir beli baru. Ikut tip nila baju cara ni, tiada lagi masalah baju anak bercapuk dan baju pun seakan baru.

Sumber:Syaiful Aini