Bagi mak-mak yang suka makan Char Kuey Teow, sebenarnya boleh buat sendiri je sos ini di rumah. Senang sangat bila rasa nak makan sos dah ready tinggal tumis dan masak je! Tak perlu nak beli lagi, lebih jimat dan puas hati bila buat sendiri.

Sos Char Kuey Teow ini adalah olahan resipi, cara dan citarasa daripada Puan Fatin Nur Izzah sendiri. Boleh cuba untuk dijadikan panduan.

Berikut perkongsian tersebut;

“Homemade sos Char Kuey Teow.Masak sepinggan-sepinggan lagi sedap.Bila rasa nak makan mudah je sos dah ready.Saya dah cuba guna kepala udang sahaja, tapi tak menjadi. Ni saya olah sendiri. Nak lagi lama simpan dalam freezer. Satu bekas macam dalam gambar tu boleh buat sampai 4 bungkus kueh teow”

Bahan-Bahan:

1kg kulit dan kepala udang sahaja
Air secukupnya
2 senduk kicap manis
2 senduk kicap pekat
2 senduk sos tiram
2 kiub ikan bilis
2 sudu cili boh
6 ulas bawang putih

Cara Membuat:

1. Letak air dalam periuk sama paras dengan kulit dan kepala udang. Rebus kepala udang dan kulitnya sekali, sampai mendidih dan kulit udang bertukar warna.

2. Dah sejuk air rebusan udang dan kisar sikit-sikit sampai habis.

3. Setelah kisar tapis dalam periuk, buang hampas kulit dan kepala udang tersebut.

4. Masukkan kicap manis, kicap pekat,sos tiram, kiub ikan bilis dan cili boh.Tambah bawang putih yang diketuk.

5. Kacau sebati, biar mendidih dan pelahankan api dalam 30 minit atau lebih. Masa ni bawang putih tadi pun dah hancur.

Siap!

Cara Memasak:

Tumis 2 ulas bawang putih, masuk udang letak 1 senduk sos char kuey teow dan sedikit air. Tambah kuey teow, telur sebiji masukan taugeh dan daun kucai.siap!

Info Ekstra!

1. Hampas kulit udang juga boleh dibuat baja pokok campurkan dengan tanah tanaman.
2. Untuk buat sepinggan Char Kuey Tiaw boleh letak 2,3 sudu makan sos ini.
3. Simpan dalam chiller boleh tahan dalam semnggu, simpan dalam freezer lebih sebulan.

Baca Disini:Tak Payah Beli Buat Je Sendiri, Kuey Teow Home Made Guna 3 Bahan!

MW: Buat mak-mak yang nak buat sendiri char kuey teow di rumah, boleh cuba resipi sos yang dikongsikan ini. Lebih jimat dan puas hati bila buat sendiri.

Sumber: Fatin Nur Izzah