telur ada kuman

Dua tiga hari ini, kecoh pula tentang telur ada kuman di media sosial. Haaa… jangan tak tahu ada kemungkinan kandungan telur telah dijangkiti oleh bakteria Salmonella yang ada di dalam usus ternakan tersebut semasa proses penghasilan telur.

Jangkitan berlaku terhadap tisu-tisu pembiakan ternakan tersebut sebelum kulit telur terhasil. Risau, bukan? Ok untuk mengelakkan daripada terkena keracunan makanan, ikut saranan Dr. Suriyakhatun ini…

Telur Berkuman

Di Malaysia 11.9 peratus dari telur yang diperiksa ada kuman Salmonella.

Antara gejala keracunan makanan dengan kuman Salmonella adalah cirit beret, loya, berak darah, lenguh badan.

Keberangkalian ada kuman Salmonella dalam telur menjadi tinggi bila keadaan ayam telur tidak dijaga dengan baik , ie ada isu kebersihan.

Selain itu, beli telur dari Syarikat yang ada piawaian dan telurnya sudah dibersihkan. Telur dari ayam yang tidak dibela secara memberikan antibiotik lebih selamat sebab Salmonella dari ayam yang diberikan antibiotik lebih merbahaya ( antibiotic resistent strain) .

Cara Elak Daripada Keracunan Makanan

Untuk menjaga supaya tidak mendapat keracunan mankanan dari Salmonella yang ada kemungkinan berada dalam telur:

Jika nak buat telur setengah masak, elok pilih telur yang telah di pasteurkan dan elok ambil yang organik.

Jangan makan telur mentah dan pastikan basuh kulit telur dengan air dan pencuci makanan ( organik) sebelum pecahkan telur . Basuh tangan selepas terkena telur mentah.

Untuk matikan Salmonella, nak rebus telur, biar mendidih selama tujuh minit. Jika buat telur dadar atau scrambled, sudah memadai untuk matikan Salmonella .

Bagi orang yang sistem imun tidak kuat, jangan makan telur separuh masak. Orang tua, wanita hamil dan dalam pantang mungkin termasuk kategori imun lemah dalam sesetengah situasi.

Ini Tanda Orang Terkena Salmonella

Gejala utama bagi orang yang telah dijangkiti bakteria Salmonella adalah seperti berikut…

Cirit-birit
Kekejangan pada perut
Demam tinggi antara 39.4-40oC
Kurang selera makan
Sakit kepala
Selema dan batuk
Pendarahan usus
Mudah letih
Ruam pada kulit

Cara Nak Merawat

Jangkitan Salmonella biasanya sembuh tanpa rawatan dan kebanyakan orang pulih dalam tempoh 2-7 hari. Namun ini langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku tanda-tanda jangkitan penyakit seperti:

1. Banyakkan minum air bersih yang telah dimasak sempurna atau air garam yang boleh diperolehi di farmasi untuk mengelakkan kekurangan cecair dalam badan.

2. Elakkan mengambil antibiotic kerana antibiotik ini tidak dapat mempercepatkan penyembuhan namun boleh menyebabkan bakteria salmonella ini dibawa masuk ke sistem penghadaman untuk hidup lebih lama. Walaubagaimanapun, pesakit yang mengalami gejala yang teruk perlulah mendapatkan rawatan yang sesuai di hospital.

3. Bayi, orang tua dan pesakit yang mempunyai sistem imun yang rendah mungkin perlu mendapatkan antibiotik yang sesuai yang disarankan oleh doktor.

4. Elakkan ubat-ubatan anti muntah atau anti cirit-birit kecuali dicadangkan oleh doktor.

Pesanan penulis:

Moga mak-mak boleh selamatkan orang tersayang dengan basuh telur sebelum nak masak dan kurangkan makan telur tak masak di luar.