Bagi umat Islam, jika ingin membeli barangan keperluan dapur adalah sebaik-baiknya mengutamakan produk-produk keluaran Muslim. Bukan apa kita tak perlu lagi was-was mahupun ragu-ragu dengan status halal serta kebersihan barangan yang dibeli malah ia menjadi satu fardu kifayah dalam membantu meningkatkan ekonomi umat Islam.

Zul Yahya Mart

Menggunakan ‘tagline’ “Mengutamakan Produk Muslim”, bekas pelakon tahun 1990-an yang terkenal dengan karakter komedi, Zulkifli Yahya,47 kini bakal melebarkan perniagaan menjadi usahawan mengusahakan kedai runcit,  Zul Yahya Mart selepas mempunyai restoran Steamboat BBQ.Perkara tersebut dikongsikan oleh Zul Yahya di Instagram beliau sendiri.

Bantu Kongsi Rezeki

Menurut beliau, Mini Market yang terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh ini diharap dapat membantu dan berkongsi rezeki dengan saudara-saudara Islam yang lain dan bakal mula beroperasi mulai Jumaat ini dari jam 8 pagi hingga 10.30 malam.

“InsyaAllah, Jumaat ini Zul Yahya Mart mula beroperasi dari 8pagi hingga 10.30 malam”

“Doakan kami semoga dijadikan asbab atau isyarat untuk terus membantu agama dan bersama-sama meningkatkan ekonomi umat Islam serta kualiti kehidupan di sisi Allah swt. Sama-sama kongsi rezeki Allah swt sediakan dunia untuk kita jaga dengan baik. Ini amanah, bawa kehidupan dunia untuk kebahagiaan di akhirat,” ujarnya.

IKLAN

Cari Pembekal Produk Muslim

Disamping itu, menurut bekas pelakon ini, Zul Yahya Mart ini masih memerlukan pembekal bagi produk-produk Muslim, produk IKS, barang basah dan sebagainya bagi memenuhi keperluan dan ruangan di kedainya.

“Banyak lagi produk-produk Muslim yang kami cari seperti mee,laksa,isi kerang,ulam ulaman,tauhu putih, sayur kampung, isi kerang, mee, koetiaw, ikan masin, daging fresh, pekasam keluaran MUSLIM.”

IKLAN

“Kami mencari pembekal produk IKS, produk muslim, barang runcit, barang basah, produk viral dan pelbagai produk yang bersesuaian untuk diletakkan di Zul Yahya Mart.Kita kongsi rezeki bersama-sama Insha Allah” ujar Zul Yahya lagi.

Tabung Keperluan

Lebih menarik lagi, Zul Yahya Mart bukan sahaja untuk mendapat keuntungan berniaga, malah turut menyediakan ‘Tabung Keperluan’ di bagi menggalakkan pembeli bersedekah mahupun membantu golongan yang memerlukan barangan keperluan.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:
Memahami Mereka Yang Dalam Kesusahan, Zul Yahya Beri Sumbangan Barang Keperluan Dapur

MW: Alhamdulillah, tahniah Zul Yahya Mart bakal beroperasi Jumaat ini bagi membekalkan produk-produk keluaran Muslim bagi membantu para peniaga Islam. Selamat maju jaya. Jadi buat orang sekitar Ipoh, bolehlah datang singgah beli barangan keperluan di Zul Yahya Mart ini nanti.

Sumber: Zul Yahya