video lip sync kak girl

Hebatnya video lip sync Kak Girl ini. Kali ini bukan peminat Malaysia je yang perasan muka takde emosi suami Kak Girl, SRK (Datuk Shah Rukh Khan) pun tercuri perhatian sama. Sampai ditweetlah kekagumannya itu.

Minat Kak Girl dengan lip sync ni dah ramai sedia maklum. Dia juga ada 91K follower facebook yang mengikutinya. Ramai dah faham dengan sikap suami Kak Girl, Mohd Hafizi Marzuki tu.

Video Lip Sync Kak Girl Versi Bollywood Yang Buat SRK Nak Tweet

Memang Husband Macam Tu

Bila SRK tweet kata-kata ini, “Wow!! And the gentleman is so underplayed!!!Kak Girl rasa ‘happy gila’.

 

Kak Girl tak terasa hati pun bila SRK kata pasal suami Kak Girl tu, “Actually SRK take it as a joke bila Kak Girl joget-joget husband buat tak tau. Pada Kak Girl it’s fine. Kak Girl rasa okay je sebab memang husband macam tu. Hahaha..”

Kak Girl Minat Sangat SRK

Mula-mula tu tak tau sebab saya takde akaun twitter. Kawan dari FB yang tag. Saya kat konti terkejut. Happy gila tak sangka la.

Sebab saya minat sangat dekat SRK. Tiba-tiba dia tweet pula video saya.

Sudahlah akui Kak Girl dia paling minat dengan SRK malah Salman Khan. Bayangkanlah orang yang kita minat sangat tu, tiba-tiba beri respond dengan hobi yang kita buat. Tak teruja ke rasanya.

Dah tentu-tentulah minat lip sync Kak Girl ni membuatkan dia terkenal bukan saja di Malaysia, malah sampai negara India.

Pada Kak Girl SRK ni hero yang versatile. Very gentleman and sesuai dengan apa saja watak yang diberi. Dia mesti meninggalkan kesan pada setiap watak yang dia bawa. He is si inspiring and lovely.” Ini kata Kak Girl yang juga meminati Sunjay Dutt dan Jackie Shroff, hero otai Hindustan.

Ketika ini, Kak Girl bukan sekadar berlip sync dalam kereta je tau. Kak Girl juga dah jadi DJ radio di Best FM juga dikenali sebagai Best 104. Kalau di Kuala Lumpur frekuensinya 104.1 FM