Sumber Foto: Instagram Zara Zya

Alhamdulillah dan syukur kali ini pelakon, Zara Zya, 35, telah mengambil keputusan untuk berhijab. Hasrat tersebut sebenarnya sudah sekian lama terpendam. Zara akhirnya membulatkan tekad bertudung sejak beberapa hari lalu.

Farah Fauzana & Zara Zya Bersahabat Biar Sampai Hujung Nyawa

Manisnya Hannah Delisha Berhijab,”Saya Mahu Menjadi Muslimah Yang Baik”

Bintang drama Seadanya Aku dan Korban Kasih itu dilihat memuat naik gambar bertudung hingga menarik perhatian pengikut, baru-baru ini. Kebanyakan peminat menyukai imej bertudung yang digayakan.

Menerusi kapsyen gambar yang dimuat naik, Zara menyentuh soal doa yang cepat atau lambat dimakbulkan Allah. Ia seperti memberi satu bayangan wanita kelahiran Lenggong, Perak itu sudah mula berhijrah.

IKLAN

Mengukuhkan tanda tanya apabila Zara dilihat menjual pakaian lama menerusi laman Instagram (IG) Story, beberapa hari lalu.

“Secara jujur, saya masih dalam proses membiasakan diri dalam penghijrahan ini. Saya mengharapkan doa yang baik-baik.

“Semuanya berlaku atas gerakan hati. Keputusan ini tidak perlu dilengahkan. Saya juga tak mahu hati berbolak-balik dalam melakukan tuntutan wajib ini.

“Saya sempat menghabiskan penggambaran drama Beri Sedikit Waktu pada Jumaat lalu, sebelum bertekad mengenakan tudung sepenuhnya,” katanya seperti mana yang dipetik menerusi Berita Harian Online.

Tolak Tawaran Yang Kurang Sesuai Dengan Imej Bertudung

Zara Zya juga menyambung, dia memutuskan untuk menolak beberapa tawaran drama yang kurang sesuai dengan imej bertudung. Bagi diri wanita ini juga, hatinya kuat mahu berubah termasuk menutup aurat.

“Saya selalu dengar soal istiqamah ini bukan mudah. Saya harap Allah tetapkan hati dan jiwa saya. Insya-Allah, saya mahu masa depan menjadi lebih baik daripada semalam yang ditinggalkan.

“Tiada langsung rasa sayang menjual pakaian lama. Saya akui, sudah tidak sabar mahu menutup aurat selama ini. Moga ia menjadi permulaan yang baik.
“Saya tak terfikir soal ada tawaran kerja atau sebaliknya. Saya percaya pada rezeki yang tertulis.

“Saya banyak membeli tudung dan pakaian baru,” katanya yang tidak gentar sekiranya keputusan menutup aurat mungkin menjejaskan tawaran lakonan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/
Sumber Foto: Instagram Zara Zya
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/